Emas Ar-Rahnu YaPEIM
Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut Tentang Emas Ar-Rahnu YaPEIM

Emas Ar-Rahnu YaPEIM Jurnal Syukur Nurul ATOMY

TOYOTA HILUX VS TRITON DAN PICKUP LAIN

 TOYOTA HILUX VS TRITON DAN PICKUP LAIN

Sumber: Google

Toyota Hilux…

Nah. Adoi…

Pening kepala ni. Tak tahu nak habaq dah.

Nak pilih yang mana satu pilihan hati. Nurul dan Inchek Somai lama dah dok buat research. Sampai hari ni masih belum buat keputusan.

Hampir setahun dah ni dok zikir hari-hari antara lima (5) pickup truck ni:

  1. Toyota Hilux
  2. Ford Ranger
  3. Mitsubishi Triton
  4. Nissan Navara
  5. Isuzu D-Max

PILIH HILUX

Agak-agak yang mana pickup truck paling sesuai untuk kegunaan keluarga. 

Kalau ikut pilihan asal kami pilih Hilux. 

Sebab,

Majoriti pergi mana-mana pun orang dok habaq mai Hilux. Anak yang kecik tu pun asal nampak mana-mana pickup truck jer… tak kira jenama apa dia panggil Hilux

Lepas buat kajian rintis, cheeewah… macam nak buat PhD pulak…. rupanya banyak lagi pilihan pickup truck lain yang boleh menyaingi Toyota Hilux.

Makin mengkaji makin susah nak buat pilihan… masing-masing ada kelebihan dan kelemahan. Makan bertanya sana sini makin pening nak buat keputusan.

Tapi….

Kenapa nak beli Hilux?

toyota hilux popular malaysia
Sumber Gambar: Google Search (Snipping Tools)

TUJUAN BELI HILUX

Dah tak ada kereta lain dah ka nak beli?

Kenapa nak beli pickup truck ni? Kalau ikut logik memang tak logik la… sebab Nurul dan suami kerja pejabat. Penggunaan kenderaan pulak tidak bertujuan kearah aktiviti-aktiviti lasak.

Bila tanya pendapat orang lain, ramai yang mempertikai keputusan kami nak memiliki pickup truck nih…

Yang sebenarnya adalah minat. 

Ya, 

Minat mengatasi segalanya.

Bagi keluarga sederhana dan sentiasa travel sangat tak sesuai dengan sebuah Hilux. Nurul minta bukan sebab office mate baru beli Ford Ranger, tapi dah lama usha…

 

VIDEO PERBANDINGAN D-Max vs Hilux vs Navara vs Triton vs Ford Ranger

Google punya google Nurul terjumpa la satu video di Channel Youtube ni.

Terbitan AutoBuzz.my.

Video buatan rakyat Malaysia ni sangat menarik.

Santai jer, mereka review 5 jenis pickup truck paling popular.

Walaupun bukan profesional, tapi sangat puas hati kerana kita boleh lihat dari perspektif seorang pengguna biasa.

Penuh debaran setiap kali sesi ujian. Semua tester kenderaan pacuan 4 roda ni adalah dari kalangan youtuber kereta terkenal jugak.

Korang boleh tengok sendiri video perbandingan tersebut.

Nurul cuma nak share keputusan akhir:

  1. Mitsubishi Triton
  2. Ford Ranger
  3. Nissan Navara
  4. Isuzu D-MAX
  5. Toyota Hilux

Tak sangka Hilux dapat point paling bawah.

toyota hilux
Keputusan Akhir Perbandingan 5 Pickup Truck

JOM LAYAN VIDEO TOYOTA HILUX VS PICKUP TRUCK YANG LAIN-LAIN

NURUL TERKEJUT PERFORMANCE HILUX

Ya,

Memang terkejut tengok performance hilux dalam video ni.

Nurul rasa, pick up truck paling popular di Malaysia ramai yang tahu – Hilux kan…

Pergi mana-mana pun, kalau orang tu tak tahu jenis-jenis pickup truck mesti panggil hilux.

Walaupun terang-terang tulis Ford Ranger.

Tapi dalam video perbandingan ni Hilux memperolehi markah paling rendah.

Mungkin faktor pemandu memainkan peranan jugak. Ye lah… mereka bukan professional.

Keseluruhannya, bagi Nurul perbandingan ni tidak tepat sangat.

Tapi membantu lah bagi orang biasa yang keliru nak pilih pickup truck yang mana.

 

KESIMPULAN

Pendapat Nurul, 

Nak beli pickup truck ni kena tengok apa tujuan kita.

Sebab pick-up truck banyak jenis sebenarnya.

Kalau sekadar on road dan nak guna untuk family, cukup sekadar yang biasa-biasa jer.

Tak perlu kot beli yang jenis 4×4. Cukup sekadar beli 4×2 jer… Itu pun dah cukup. Boleh la make-up cantik-cantik.

Kalau nurul make-up, cat warna pink, letak sticker hellow kitty besar-besar… hahahaha

Kalau memang tujuan korang beli pickup truck untuk offroad, main bukit bukau, masuk dalam hutan cari emas boleh lah beli yang high-performance.

Namun, masing-masing ada citarasa tersendiri. Ada point of view.

Balik kepada tujuan.

Nak design cun ke, nak performance ke, atau nak yang dua alam.

Pilihan Nurul tetap nampak Nissan Navara dihati. Huhuhuhu….. dah klik wish list  dalam hati ketat-ketat…. hihihihihihihi…..

Korang pilih yang mana? Komen kat bawah yeerrr….

Ku Nurul Azira

https://nurulazira.com

Ku Nurul Azira Ku Shafii adalah seorang penulis bebas yang memperjuangkan cinta. Bertugas dalam bidang emas sebagai kerjaya yang diminati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *