Emas Ar-Rahnu YaPEIM
Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut Tentang Emas Ar-Rahnu YaPEIM

Emas Ar-Rahnu YaPEIM ATOMY

PUTU HALBA CIKGU BANDAR MACHANG

 PUTU HALBA CIKGU BANDAR MACHANG

putu halba

Putu Halba adalah kueh tradisional musim hujan di Kelantan.

Ya.
Ia muncul apabila tibanya musim tengkujuh, setiap hujung tahun di Kelantan.
Kueh ini menjadi sajian unik yang sukar dijumpai di negeri lain.

Sejak Nurul tinggal disini, kami satu keluarga dah biasa menikmati menu putu halba panas-panas dalam suasana hujan.

Sambil-sambil layan Netflix pulak, bersandar disofa pada hari cuti.

Perghhh…

Terasa “dunia ini ana yang punya”…

Usually, bermula hujung Oktober sehingga awal bulan Januari tahun hadapannya, korang boleh nampak ramai rakyat Kelantan yang jual putu halba di tepi-tepi jalan.

Pada waktu lain susah nak jumpa.


KUEH DALAM KAIN ATAU PUTU HALBA?


Secara jenaka, rakyat Kelantan memberi gelaran kueh ini sebagai ‘kueh dalam kain’.

Dengar macam lucu kan?

Nurul pun pelik, kenapa orang panggil kueh dalam kain. Nampak lucah pun ada jugak.
Korang jangan fikir bukan-bukan ye…

Actually, untuk masak putu halba adalah dengan cara bungkus dalam kain dan kukus diatas wap panas.

Kebanyakan peniaga Nurul jumpa menggunakan tuala kecil good morning.

Manakala bahan utamanya adalah halba. Sebab tu namanya Putu Halba.

BAHAN BAHAN UNTUK RESEPI PUTU HALBA

Susah ke nak masak Putu Halba?

Mudah sangat, antara rajin dan malas jer.
So, terserah keputusan pada diri kita sendiri.

Ada hati, pasti jadi.
Antara benda yang perlu ada untuk masak kueh ni adalah:

Bahan-bahan

  • 1Kg Ubi Kayu di parut
  • 1/2 Sudu Teh Halba
  • 100Gram gula melaka yang telah ditumbuk halus (Ikutlah nak hiris ke, nak sagat ke, yang penting jadi halus)
  • 1 Sudu Gula Putih
  • 1/4 Sudu Teh Garam
  • Kelapa Parut yang telah digaul dengan sedikit garam (Agak-agak la banyak mana nak guna, kalau suka boleh lebihkan)

Cara-cara Masak Putu Halba

  1. Ubi kayu diparut. Masukkan ke dalam kain maslin (kain jarang) dan perah sehingga ianya kering dan berderai.
  2. Gaul parutan ubi kayu tadi dengan sedikit garam dan halba.
  3. Sebelum tu, panaskan air di dalam periuk kukus.
  4. Alaskan piring dengan kain muslin dan masukkan separuh parutan ubi kayu atas kain muslin tadi.
  5. Letakkan gula melaka yang telah dihancurkan.
  6. Letakkan parutan ubi kayu dilapisan atas.
  7. Balut dengan kain (tuala good morning) dan letak ke dalam tempat pengukus.
  8. Kukus selama 20 minit atau lebih.
  9. Dah siap masa boleh makan panas-panas bersama hirupan kopi ‘O’.

PUTU HALBA YANG SEDAP

Sebagai orang luar Kelantan, Nurul tak dapat nak pastikan rasa putu halba yang bagaimana betul-betul sedap.

Ia mengikut cita rasa masing-masing dan air tangan orang yang memasak.

Keenakan kueh ini mungkin disebabkan manisan gula melaka dan ubi kayu yang ada rasa masin-masin sikit. Gabungan rasa yang mesra.

Makan masa masih panas dalam suasana sejuk waktu hujan. Hurmmmm… Memang sangat menyelerakan dan kenyang.

Orang Kelantan yang tinggal di luar mesti dah kecur air liur membayangkan gigitan demi gigitan kueh ni.

Tambahan sekarang hujan setiap hari.

PUTU HALBA CIKGU SEDAP BANDAR MACHANG

Malas nak masak, beli jer senang.
Ye lah, kalau ahli keluarga tak ramai membazir jer masak.

Tapi baik juga kalau masak banyak-banyak bagi jiran-jiran sebelah rumah kan….

Di Kelantan ni, Nurul tinggal di Bandar Machang.
Kawasan yang tidak sukar nak dapatkan putu halba masa musim tengkujuh ni.

Antara Putu Halba yang sedap Nurul pernah rasa, adalah yang dijual di kedai Akok Cikgu, Bandar Machang Kelantan.

Masa operasi adalah dari jam 10.00 pagi sehingga jam 6.00 petang.
Harga yang dijual RM2 untuk 3 keping.

Lokasi Kedai Akok Cikgu ni mudah sangat. Betul-betul di Bandar Machang Jalan Kolam Abu berhampiran stesen bas Machang.

Kalau tak jumpa boleh cuba waze nama Akok Cikgu alamat ni: Lot 748, Jalan Bahagia, Pekan Machang, 18500 Machang, Kelantan, Malaysia.

Maklumat lanjut lagi boleh masuk laman web Akok Cikgu.

KELBIHAN PUTU HALBA AKOK CIKGU

Kenapa Nurul beli disini?
Sebenarnya kebetulan jer, masa hantar Inchek Soami ke Klinik sebab kaki bengkak jatuh longkang.

On the way, nak ke Klinik nampak ramai rakyat beratur panjang.
So, nampak la bunting dan banner jual putul halba cikgu di Kedai Akok Cikgu.

Rasanya macam malas nak beratur, tapi teringin punya pasal Nurul berhenti beratur sama-sama.

Apa yang boleh disimpulkan:

  • Proses memasak dan keadaan kedai yang bersih.
  • Pekerja mesra pelanggan, senyum sokmo. Sejuk hati.
  • Cepat, walaupun ramai beratur, mereka banyak dapur kukusan. Ada 4 dapur kukus. Sekali masa 80 keping serentak. Tak beratur lama sangat. Kueh ni tak boleh masak siap-siap nanti sejuk.
  • Cuma parkir kereta tepi jalan perlu hati-hati.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR KEDAI AKOK CIKGU MACHANG

putu halba
Akok Cikgu
Ramai dah beratur
putu halba
putu halba
Dapur kukus
putu halba
putu halba
Nak beli check-in dulu
putu halba
Mesra Pelanggan – Senyum sokmo walaupun pakai mask
putu halba
Cepat dan bersih
putu halba
balutan yang comel
Comey jer dia buat
dapur kukus
dapur kukus yang banyak
putu halba
Putu Halba Bandar Machang
kelapa parut
Kelapa parut
putu halba
putu halba
Smartphone Huawei memang details gambarnya
putu halba
Gambar ni Nurul suka
putu halba
Orang KL terliuar tak?
putu halba
Sebelum di telan hahaha

Ku Nurul Azira

https://nurulazira.com

Ku Nurul Azira Ku Shafii adalah seorang penulis bebas yang memperjuangkan cinta. Bertugas dalam bidang emas sebagai kerjaya yang diminati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *