Emas Ar-Rahnu YaPEIM
Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut Tentang Emas Ar-Rahnu YaPEIM

Emas Ar-Rahnu YaPEIM ATOMY

PERPISAHAN TERASING JURNAL SYUKUR NURUL #3

 PERPISAHAN TERASING JURNAL SYUKUR NURUL #3
perpisahan terasing
Tanda Bunga Di Hati

Perpisahan terasing buat Sahabat-ku,

Jurnal syukur Nurul ketiga ini, Nurul tujukan surat buat sahabat – sahabat yang Nurul sayang.

Nurul bukan siapa siapa.

Hanya insan biasa yang lemah, jahil, banyak buat salah silap. Alhamdulillah, dengan kasih sayang Allah Nurul dapat siapkan tulisan ini.

Terlebih dahulu Nurul mohon ribuan kemaafan atas tulisan tentang perpisahan kita ini.

Setiap pertemuan adalah dalam aturanNya sejak azali. Begitu jua perpisahan. Tidak dapat elak, kita perlu hadapinya bersama.

SAKIT PEDIHNYA BERPISAH

Awak,

Sayang. Rasa tak sanggup hadapi perpisahan kita.

Nurul syukur sangat sangat sepanjang kehidupan ini, kerana Allah s.a.w. Kurnikan dalam cycle sahabat sahabat yang baik hati dan positif.

Seronok kerja dengan awak. Syukur Dan gembira.

Sesungguhnya ia anugerah paling indah dan istimewa buat Nurul.

Memori suka bersama, duka bersama, sedih dan gembira bersama. Kita sama-sama kongsi. Kadang kita menangis, kadang kita tertawa.

Semua kenangan awak bersama kita sangat pedih dihati untuk terpisah. Rasa jiwa ini tidak lagi mampu Nurul tahan, awak.

Sungguh. Hati Nurul menangis tiada air mata. Sakit yang amat sangat untuk Nurul bersemuka dengan perpisahan terasing ini, awak.

Terluka, tiada darah.

Nurul sedar dan tahu,

Kadang mulut ini tidak dilapik dengan fikir. Memang Nurul tidak bijak berbahasa. Apa lagi nak susun bicara.

Banyak kata kata Nurul yang salah.

Nurul nak minta maaf sungguh sungguh segala salah-salah antara sengaja dan tidak.

Dan,

Nurul juga tidak pernah simpan dalam hati kecil ini salah faham kita. Kadang sedikit tersentap hanya sedikit masa untuk sucikan semua.

Awak tidak pernah ada salah pada hati Nurul.

PERPISAHAN TERASING TETAPI DEKAT

Awak,

Lagu ini untuk awak.

PERPISAHAN TERASING - LIRIK KRU

Perpisahan itu selalu terjadi
Kepada insan yang bercinta
Sungguh sedihnya rasa
Apabila ianya terjadi
Perpisahan bermula dari dua hati
Yang kehendaknya tak dituruti
Ataupun manusia
Yang berperasaan benci
Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan
Tersekat nafas ku kabur pandangan mata
Amat tersiksa jiwa kerna kehilangannya
Oh oh... mengapa terus mengharap menanti
Walau cukup ku sedari dia takkan kembali
Tak akan kembali
Rintangan dari orang yang tak sudi
Menerima cinta dari hati ini
Menarik diri dan pergi
Membawa serpihan hati yang sepi
Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan
Tersekat nafas ku kabur pandangan mata
Amat tersiksa jiwa kerna kehilangannya
Oh oh... mengapa terus mengharap menanti
Walau cukup ku sedari dia takkan kembali
Perpisahan itu sungguh menyedihkan
Tapi semuanya di tangan takdir
Kita dikatakan pasangan bahagia
Oh... kini terasing luka
Kini terasing luka
Perpisahan mengasing kita

Awak jangan risau. Ingat suatu masa diketikanya kita tetap pasti berpisah.

Perpisahan mati.

Ya, mati. Semuanya hidup pasti rasainya nanti.Antara Nurul dahulu atau awak yang mendahului tetap rahsia Ilahi.

Namun, walau mati pun kita tetap dekat sahabat. Awak tidak akan berpisah lagi dihati. Perpisahan terasing sekadar pada mata majazi bukan pada mata hati.

Cuma sekarang, kita sekadar berpisah lokasi. Tetapi tidak diruangan hati. Nurul mohon redha dan doa-doa berpanjangan dari awak ye… 🙂

Dekat tidak berjarak, jauh tidak berantara.

Sentiasa ada

Perpisaan terasing kita hanya bezanya jarak fizikal. Ia bukan kehilangan abadi ye.

Awak,

Kalau awak rindu kita, ingat kenangan kenangan yang indah.

Kerana memori sahabat sejati ini tersangat mahal dan bernilai. Lebih dari nilaian emas. Semoga jiwa kita kekal bertaut dan dekat dihati. Ia ingatan yang tidak akan pernah luput.

Ingatan kenyataan bagi doa.

NURUL AKAN TETAP NURUL

Awak,

Nurul tak boleh tipu dengan perasaan sendiri.

Walau nampak diluar tiada rasa, dalam hati geloranya hadap perpisahan ini hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Sedih, sebak, pilu, dan berbagai perasaan bercampur. Rasa ketat dalam dada.

Susah nak bernafas.

Tapi Nurul sembunyikan, supaya awak kuat. Ya, kita sama-sama kuat bersemuka dengan perpisahan terasing ini.

Dengan rahmat kasih sayang Allah s.a.w. pertemukan kita dan dengan kasih sayangNya jua kita terpisah.

Susah, memang susah untuk kita sama-sama lepaskan.

Tetapi yakin dan percayalah kenyataan yang terjadi itu paling terbaik buat kita semua.

Nurul doakan semua yang baik-baik buat awak. Buang segala persepsi negatif dan gantikan imaginasi positif.

Pasti ada hikmah tersembunyi. Nurul akan tetap Nurul. Hari esok pasti ada cahaya.

Esok, Nurul takut. Debar.

Tapi Nurul yakin doa – doa awak dimakbulkan Allah s.a.w. Nurul rasa jiwa awak ada sama-sama hadir disisi iringi Nurul esok.

Doakan Nurul ye.

Sekian,
Buat awak sahabat, Dari Nurul, sahabat mu.

Ku Nurul Azira

https://nurulazira.com

Ku Nurul Azira Ku Shafii adalah seorang penulis bebas yang memperjuangkan cinta. Bertugas dalam bidang emas sebagai kerjaya yang diminati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *