Emas Ar-Rahnu YaPEIM
Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut Tentang Emas Ar-Rahnu YaPEIM

Emas Ar-Rahnu YaPEIM ATOMY

Pengalaman Bercuti di Stong Resort Hill Dabong, Kuala Krai Kelantan

 Pengalaman Bercuti di Stong Resort Hill Dabong, Kuala Krai Kelantan

Assalamualaikum w.b.t. bismillah
Hai,  Ini posting rasmi pertama blog Nurul. Selamat datang ye semua.

Dalam posting ini Nurul nak kongsikan Pengalaman short vacation ke Stong Resort Hill, Dabong, Kuala Krai Kelantan. Mari mulakan-

Hidup di bumi Tanah Serendah Sekebun Bunga Kelantan bukan baharu.  Lama dah… Tiba-tiba muncul ilham nak simpan memori kisah di negeri tempat cari cari rezeki dan pengalaman hidup.

Hurmmm….

Lama, tak lama jugak la stay di Kelantan nih…

Ingat lagi,

Semenjak kahwin dan kerja,  hampir 13 tahun. Masa tu, sampai di Kelantan tak fikir pun nak stay selama ni. Sekarang dah ada anak-anak syurga dan ada keluarga angkat di Kelantan. Inchek soami pun bukan orang Kelantan, asal Perak. Kami sama-sama merantau jauh dari keluarga, kami gembira disini.

Kebahagiaan itu bermula dari dalam untuk kita ciptakan bersama-sama walau dimana pun jua kita berada

kata-kata hikmah

Nak stay sampai bila? 

Entahlah… sesungguhnya ketetapan Allah s.w.t. itu adalah yang paling indah.

InsyaAllah doakan Nurul terus istiqamah kongsi kisah pengalaman keluarga kami di Negeri yang indah ini.

Niat hanya satu, nak share manfaat dan pengajaran dari pengamalan semata-mata kerana Allah s.w.t. dan Muhammad Rasulullah. 

Semata-mata kerana Allah swt. dan Muhammad Rasulullah.

Baeklah… back to our main business…

Hari ni nak cerita pengalaman jelajah kawasan baru di Kelantan ni, Dabong!

Eh. Sebelum tu.

Kenapa mesti pergi ke Dabong, Kuala Krai Kelantan? Apa yang istimewa?

Betul,

Kenapa pergi Dabong ye? Tak pasal-pasal kan….

 

Dabong ni terkenal dengan Gunong Stong dan Air Terjun Jelawang. Kebanyakan pelancong mai sini adalah untuk aktiviti mendaki gunung atau berkelah di kaki Gunung, ada aliran sungai dari Air Terjun Tertinggi di Asia.

Dabong tiba-tiba jadi fenomena tempat melancong penduduk Kelantan sekarang sejak Perintah Kawalan Pergerakan sejak PANDEMIC COVID 19, Mac 2020. 

 

Tambahan pengumuman Timbalan Menteri Kanan Pertahanan PKPB semula di seluruh negera. Kebetulan, cuti Sultan Kelantan 2 hari Rabu dan Khamis bersambung sehingga hari Ahad sebab cuti Depavali.

Jemmm!

Kak-Ku satu family tak tahu nak ke mana. Dalam mind-set, kami dah plan awal-awal lagi, cuti Sultan Kelantan 5hari nanti nak balik Kampung di Kedah dan Perak.

Seperti tahun-tahun sebelum ni…

Bayangkan. Dah rancang baik dah.

Tiba-tiba PKPB. Apa nak buat kan… Tak boleh nak rentas negeri, seluruh Malaysia sebab kes covid 19 main naik. Bagi 3 Negeri masih kekal dengan status PKPP.

Cuma boleh rentas daerah je. Alhamdulillah… itu pun dah nikmat.

Okey, balik cerita pasal Dabong.

 

Adakah anda bercadang untuk melawat di Dabong di Kuala Kelantan

“Suatu petang yang damai. sambil menonton Netflix filem omputeh dalam gua bertajuk TIME TRAP setelah kekenyangan makan nasi, tiba-tiba muncul idea… cheeewah….”

Ia sangat baik bagi saya Pengalaman Bercuti Ke Dabong, Kuala Krai Kelantan. Mudah-mudahan semua orang dapat menikmati yang sempurna untuk dikunjungi di sini

Dabong adalah Bandar dan wujud di Malaysia yang menakjubkan

Dabong in Malaysia
Gambar Crop dari Google

Kak-Ku ada buat homework la sikit apa yang menarik sebelum pergi. Ye la.. tempat tak pernah sampai kan. sekarang semua maklumat ada orang share dalam media sosial. Antara percaya dan tak percaya jer…

Hasil review, ramai kata best…

Betul ke?

Baca review di blog atau fb ni kadang-kadang indah khabar dari rupa.

“Betul ke cantik? filter kamera hp jer tu” – Incek Suami provok

“So, nak mengesahkan kebenaranya jom kita pergi tengok.” 

“Ceh, alasan…” Saja Kak-Ku pancing, sebenarnya dalam hati melompat-lompat dah ni. Seronok dapat jalan-jalan. Al-maklum dah 3 hari kami sekeluarga terperap dalam rumah melayan Netflix.

Masa kami decide  nak ke Dabong ni dah lewat. Petang dah. Kak-Ku ni selalu bertelagah denga Incek Suami bab perancangan ni. Tak pernah tepat. Tapi itulah kebahagiaan kami.

Dengan kudrat dan keterkejutan keputusan mengejut Kak-Ku berperang mengemas apa yang patut. Setengah jam siap. Itupun 3 beg jugak penuh bonet Nissan Almera.

Inchek soami dah buat tempahan Resort awal-awal. Asalnya nak booking homestay. Tapi tengok facebook Stong Resort Hill macam menarik.

Siapa yang nak booking boleh terjah Facebook Stong Resort Hill. Hubungi En Yazil untuk rundingan Teambuilding atau event berkaitan 019660161.

Stong Hill

Mari Mulakan Perjalanan ke Bandar Machang. Ia akan menjadi pengalaman Bercuti yang hebat untuk anda

Tepat jam 5.30 kami memulakan perjalan dari Bandar Machang, selepas singgah mini market untuk bekalan makanan.

Dari Bandar Machang ada 2 pilihan Jalan.

Pilihan pertama berdasarkan google maps adalah melalui Jalan Jeli – Grik, dari Machang ke Dabong lebih kurang 1 Jam 34 Minit.

Tapi, ramai review maklumkan jika lalu jalan Jeli agak mencabar dengan keadaan jalan tar yang tidak sekata kesan lori-lori balak.

So, Kami decide melalui pilihan kedua iaitu Jalan Kuala Krai – Gua Musang. Masa yang diperuntukkan 1 Jam 40 Minit berdasarkan maps.

 

Selain itu, ramai penduduk tempatan yang menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) untuk pergi ke Dabong. Kerana ia lebih selesa dan mudah. Harga tiket pun murah RM4 sahaja untuk satu kepala.

Urusan transport tak perlu risau kerana ramai penduduk Dabong yang menyediakan perkhidmatan kenderaan peribadi dengan kadar bayaran yang sangat murah. (Personal Grab). Kak-Ku belum cuba, insyaAllah nanti kalau dah try Kak-Ku akan review pengalaman ke Dabong dengan KTM.

Korang boleh search di Facebook.

Dabong
google maps dari Bandar Machang ke Dabong

Memandangkan waktu dah hampir lewat, jalan yang kami lalui agak sunyi dari kenderaan. Hanya kelihatan beberapa motosikal orang kampung.

Gerun jugak la…

Dengan suasana dikelilingi hutan tanpa sebarang kenderaan.

Kami sampai di kawasan Stong Resort Hill betul-betul azan maghrib. 2 Jam perjalanan. Mungkin tak biasa dengan keadaan jalan naik dan turun bukit kot… kot la…..

Sebenarnya memang agak jauh jugak…

Alhamdulillah, Setelah berhubung dengan owner Resort En. Yazil, kami check-in Rumah Nyatuh. Harga boleh tahan la, sesuai dengan keadaan dan kemudahan. 

Tiada TV okey.

Dalam rumah Nyatuh ni hanya ada 3 buah katil single dan bilik air. Sangat sesuai untuk lari dari kesibukan dan bertafakur dari segala belenggu duniawi..hahaha

Line internet suam-suam kuku jer…

Anak-anak pun asyik komplain nak tengok youtube… Kebetulan charger hp pun tertinggal. Memang back to nature sungguh.

Semua tidur awal ditemani bunyi deruan air terjun. 

Kak-ku tak dapat nak lelapkan mata. Dah biasa dengan tempat baru dan kurang selesa. Asyik-asyik terjaga. Zzzzzzzzzzzzzz

Dibawah ni gambar-gambar luar rumah Nyatuh Stong Resort Hill, gambar-gambar ni diambil waktu pagi. Masa checkin jam dah pukul 8.30 malam. Gelap. Tak sempat nak ambil gambar. 

Semua keletihan.

Pengalaman Bercuti  Ke Stong Resort Hill

Pengalaman Bercuti Ke Stong Resort Hill Dabong Kuala Krai Kelantan
 Stong Resort Hill at Dabong

Saya mendapat Pengalaman Bercuti ke Dabong, Kuala Krai Kelantan | Beberapa Aktiviti Menarik di Dabong

Suasana pagi di kaki Gunung Stong sangat sejuk.

Sampai ke tulang sejuknya. Nak mandi memang tidak la.

Selepas sarapan ala kadar, kami memulakan aktiviti mandi di sungai betul-betul mengadap rumah Nyatuh. Masa tu jam dah pukul 10 pagi. Tetapi kesejukan air sungai yang mengalir dari air terjun tertinggi di Asia tu membuatkan anak-anak menggeletar.

Mula-mula nak masuk dalam sungai memang tak tahan.

Rasa fresh dan air sangat jernih. Belum tercemar. Boleh nampak anak-anak ikan berenang.

Selain mandi, sebenarnya banyak lagi aktiviti menarik di Dabong. Kak-Ku dan family tak sempat nak melawat semua tempat dengan masa yang sangat limited dan sesetengah lokasi perlu ada guide dengan bayaran.

Kak-Ku senaraikan aktiviti-aktiviti lain disini secara ringkas ye… :

  • Mandi di sungai kaki Gunung Stong berlatar belakangkan air terjun Jelawang, Air terjun tertinggi di Asia.
  • Bergambar Titi Gantung Air Terjun Jelawangview cantik untuk anda possing.
  • Hiking Gunung Stong – Jika anda ingin menikmati panorama matahari terbit, perlu mendaki seawal 4.30 pagi. Sebab perjalanan untuk sampai di Kem Baha (check-point pertama) mengambil masa lebih kurang 2 jam bagi orang biasa. Owner Resort ada offer masa check-in dengan kadar bayaran RM50 satu kepala, tapi terpaksa menolak memandangkan keadaan anak-anak yang kurang sihat. Covid19 lagi.
  • Menjelajah Kompleks Gua (Untuk siri ini, anda perlu dapatkan guide sebagai pemandu arah ke gua-gua yang menarik dan unik) Kak-Ku tak sempat nak buat aktiviti menjelajah gua ni kerana kekangan masa dan tiada persediaan.
  • Gua Ikan
  • Gua Keris – Menariknya di gua Keris ni ada batu yang berbentuk keris dan ada God Light yang ruang sinaran matahari pada jam 11.00pagi. Kalau nak masuk gua ni dinasihatkan bermula jam 10.00pagi, barulah anda dapat bergambar dan menikmati keindahan God Light.
  • Gua Pagar – ruang yang sempit.
  • Gua Gelap – gua yang sangat gelap, jika tiada lampu memang tak boleh nak jalan. Perlu merangkak untuk melalui ruang yang ada aliran air.
  • Makan mee udang Galah Che Da’ – Lokasi kedai makan viral di Dabong ni betul-betul berhadapan dengan Stesen Keretapi Dabong. Harga murah dan udang-udangnya besar. Puas hati sangat dengan nilai RM15.00 semangkuk.
  • Aktiviti Lasak di Extreme Park, Jelawang Pipe Resort – ATV Ride, Flying Fox dan Jelajah Air Terjun.

Pengalaman BercutiSuasana pintu masuk ke Gua Ikan. Kami sekeluarga hanya bergambar dari luar, insyaAllah next nak cuba teroka

Keindahan dari Gua Ikan

Kuala Krai Kelantan Mandi di Sungai Kaki Gunung Stong

Pengalaman Bercuti Ke Dabong Kuala Krai Kelantan
Sebelum balik, kami makan Mee Udang Galah Che Da depan Stesen KTM Dabong

Kak-Ku bertolak balik dari Dabong tempat jam 3.00 petang. Rasa tak puas dengan sehari semalam penginapan.

Dibawah ni Kak-Ku letakkan video yang paling perfect untuk melihat dengan lebih jelas suasana di Dabong untuk perjalanan menggunakan keretapi dari Machang.

Video ni dibuat oleh sahabat Kak-Ku Youtuber terkenal, Addashuk. Jangan lupa subscribe ya…

tRAIN tO dABONG vOLUME 1

Kesimpulan Pengalaman Bercuti Ke Dabong, Kuala Krai Kelantan

Okey,

Pengalaman bercuti ke Dabong tempoh hari memang best. Tambah-tambah bila anak-anak happy dengan aktiviti-aktiviti outdoor. Kalau tidak dok mengadap gadget jer…

Dinasihatkan, jika anda nak ke Dabong, buat research dulu terutama part penginapan.

Pergi awal, jangan lewat petang sangat. Takut tak jumpa cari tempat.

Dapatkan nombor telefon guide siap-siap kalau nak jelajah gua atau mendaki gunung kerana permintaan sangat tinggi.

InsyaAllah Kak-Ku harap review ini memberi manfaat dan ketenangan kepada semua.

Pengalaman Bercuti Ke Dabong, Kuala Krai Kelantan sungguh menggembirakan. Terima kasih semua dan pasti tinggal bersama saya selamat

Ku Nurul Azira

https://nurulazira.com

Ku Nurul Azira Ku Shafii adalah seorang penulis bebas yang memperjuangkan cinta. Bertugas dalam bidang emas sebagai kerjaya yang diminati.

2 Comments

  • […] semakin baik sejak mengamalkan pemakanan Dan cara hidup yang sihat hasil dari kesedaran.Dia pergi bercuti saat bila jasad memerlukan, tanpa memikirkan kepalsuan bayangan semalam.Kerohanian yang seimbang, […]

  • terbaik cik hisham… tq promote video.. kemah molek blog pun.. niat di hati nk ada blog gini jgk.. tp xterbuat pun lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *