Emas Ar-Rahnu YaPEIM
Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut Tentang Emas Ar-Rahnu YaPEIM

Emas Ar-Rahnu YaPEIM Jurnal Syukur Nurul ATOMY

KEGEMBIRAAN HATI JURNAL SYUKUR NURUL #2

 KEGEMBIRAAN HATI JURNAL SYUKUR NURUL #2

gembira bukan pada suasana

Kegembiraan hati punca kepada hidup  lebih bermakna.

Ya,

Peluang untuk awak, kamu, anda, Nurul dan dia hidup di alam nyata ini adalah anugerah. Anugerah yang dikurniakan, bukan dipilih.

Hari ini, Nurul doakan pada awak yang membaca nukilan tulisan ini turut terkensan dengan kegembiraan hati yang penuh gemilang dan bersinar.

Gembiralah hati dengan nikmat rahmat tidak terhitung. Walaupun semua pohon kayu dijadikan pena dan air laut dijadikan dakwat. Tidak akan pernah dapat kita coretkan jumlah nikmat yang dinikmati.

Bergembiralah…pada hati. 

Selagi masih ada peluang hidup. Hari ini Nurul merenung kedalam lubuk hati yang terdalam, dalam, sedalam dalamnya.

Mencungkil pada dasarnya, cuba melenyapkan kesedihan. Hati ini syukur padaMu ya Allah ya rob yang maha mengetahui isi hati hamba-hambaNya.

Pernah dengar lagu Rock Kapak kumpuan WOW. Best lagu mereka yang bertajuk “Kau Yang Satu”?

 
Tanpamu
Akulah yang rindu
Tanpa diri mu
Hilanglah manjaku
Kasih mu
Kata naluriku
Cinta mu
Hanya dihatiku
Izinkan aku
Selami hati mu
Izinkan aku
Bisikkan cintaku
Janjiku
Pada kau yang satu
Diriku
Hanyalah untuk mu
Engkaulah yang satu
Pujaan hatiku
Sucinya cintaku pada mu
Sayangku
Hanya kau yang satu
Kasih dan rinduku
Milik mu
Engkaulah yang satu
Pujaan hatiku
Sucinya cintaku pada mu
Sayangku
Hanya kau yang satu
Kasih dan rinduku
Milik mu
Engkaulah yang satu
Pujaan hatiku
Sucinya cintaku pada Mu
Sayangku
Hanya kau yang satu
Kasih dan rindu ku
Milik mu

Lagu ini Nurul tujukan buat diri Nurul sendiri yang sentiasa bersama walau apa jua situasi dan juga buat awak-awak semua yang sedang membaca.

DIRI SENDIRI PUNCA KEGEMBIRAAN HATI

Sebelum ini Nurul tersalah anggap. Sudut fokus selama ini hanyalah kepada “kehidupan” semata mata.

Tidak perasan, “kehidupan” itu adalah luaran. Iaitu peristiwa, kejadian, situasi, keadaan dan suasana.

Nurul sangka apabila kita menghadapi peristiwa menggembirakan, diri Nurul akan turut gembira dan bahagia.

Rupanya, salah.

Sebenarnya ia bermula dari “hidup” lalu pergi kepada “kehidupan”. Apa itu hidup? 

“Hidup” itu adalah nyawa, diri kita sendiri. 

Ya, nyawa. 

Nafas, dari dalam diri sendiri. Turun dan naiknya nafas pergi kepada hati dan terzahir dalam tindakan serta kehidupan luaran.

Apabila kita tenang, hati gembira. Nafas kita teratur. 

Terzahirlah perbuatan dan hasil kehidupan. Penting diingatkan kepada Nurul sendiri dan awak awak untuk sentiasa jaga suasana hati dan ketenangan fikiran. 

Ia akan reflect kepada bagaimana keputusan kita bertindak. 

Lalu terjadinya hasil kehidupan di luar diri kita. Kita sendiri mencipta kehidupan kita setelah dikurniakan “hidup”. 

“Peningnya awak, kita nak faham, berpusing-pusing. Apa lah yang Nurul belitkan ni?”

Sebenarnya sukar untuk diterjemahkan kepada penzahiran kata-kata. Tiada bahasa yang betul bagi menyatakan sains kehidupan ni. Mula dulu, Nurul pun sama. 

Sukar nak faham jika minda dan jiwa tidak selari. Kedua-duanya perlu dibawa untuk fokus.

Seiring dan sejalan gitu…

KEGEMBIRAAN HATI TIDAK BERKAIT DENGAN SITUASI

Okey,

Jangan sirius sangat. Kita santai-santai aje.

Nurul sambung ye,

Menjadikan hati kita gembira jangan melihat kepada keadaan. Fokus hati dan minda perlu selari hanya pada hidup. 

Tetap. 

Kekal. 

Latih penglihatan kita hanya pandang kepada hidup. Bukan kehidupan. 

Hidup dan kehidupan adalah perkara berbeza. 

Hidup didalam diri, kehidupan diluar atau keadaan. 

Keadaan tidak tetap, ianya sentiasa berubah-ubah. Diri dalaman kita adalah hidup. 

 So, bahasa mudah adalah *aku tetap aku”.
 
Kata-kata falsafah yang sentiasa Nurul renungi. Setiap hari. 
 
Nurul perlu buat Nurul bahagia dan gembira walau apa pun keadaan diluar sana. 
 
Gembira bukan kerana sesuatu atau situasi, tetapi kerana Nurul akan tetap Nurul. 
 
Nurul sampai bila-bila. 
kegembiraan hati
hati yang gembira terzahir pada suasana, bukan suasana yang menggembirakan hati, Diri kita sering terbalik. Mencuba untuk memanipulasi situasi untuk kepentingan peribadi kononya menggembirakan hati. Pengakhirannya kita yang terluka kesan perbuatan kepentingan diri kita sendiri. Mulai hari ini Nurul cuba untuk kekal positif, positif lagi dan sentiasa positif walau apa jua keadaan samaada keadaan gembira tau keadaan sedih. Ia nampak mudah, tetapi sangat sukar untuk stay cool sampai saatnya hembusan nafas terakhir untuk kita kekal cool dan redha. Redha dengan kurniaan hidup dan kurniaan matinya kita. Tetaplah kekal pada "dan" bukan berhenti pada mana-mana situasi atau keadaan atau peristiwa hidupan diluar sana.

“Nurul adalah Nurul Dulu Kini dan Selamanya Nurul”

hati gembira
Gembiralah Hati Tanpa Situasi
Selamat Pengantin Baru Maksu
kegembiraan hati
Kehidupan adalah suasana hati

HATI BAHAGIA JIWA GEMBIRA TERSENDIRI

Hidup ini adalah tetap. Tidak dipilih pilih. Jalani sahaja. 

Lelaki dan Perempuan adalah di tetapkan sejak azali. 

 

Jangan menfitnah diri sendiri, untuk tukar dari Perempuan kepada Lelaki dan sebaliknya. Kita sedang binasakan diri sendiri.

So, 

 

Dalam hidup terkandung semua kehidupan. Dimana dalam kehidupan ada kepelbagaian. Banyak menunya.

 

Sedangkan “hidup” itu hanya satu. Kehidupan yang dilihat banyak.

 

Dalam kehidupan ini, Nurul pilih untuk fokus hanya kepada “hidup”. Bukan kepada kehidupan. Kerana yang abadi bukan kehidupan. 

 

Hidup untuk bahagia. Hidup dahulu bahagia kemudian. 

 

Bahagia Nurul pula, langsung tiada kaitan dengan manusia, tempat, benda-benda, perkara-perkara atau makhluk-makluk lain. 

 

Jika Nurul bahagia, ia akan ubab segala-gala yang lain diluar sana. 

 

Bukan segalanya mengubah Nurul. Ini bahaya. 

 

Dalam kata lain lihat pada perkataan positif. Bila dalaman sentiasa positif, yang diluar akan turut bertukar positif. Kehidupan tetap kekal begitu, tetapi cara padangan kita menukar suasana.

 

Nurul amalkan getaran positif ini untuk bahagia. Supaya getaran negatif dapat di nuteral kan. 

 

Ingat ye, negatif tetap ada. Tetapi kita tukar getarannya. 

 

Kadang-kadang ia singgah sekejap, sebagai peringatan. 

 

Ia tetap ada, tetapi kita mengubah strukturnya. 

 

Tarik nafas dalam-dalam, aturkan kembali turun dan naiknya nafas supaya ia tenang, jernih sebening air di kali.

 
gembira adalah pada hati
Doa anak-anak tiada hijab

JANGAN PERCAYA KEPADA YANG LAIN

Maksudnya, hati Nurul tidak akan pernah bergantung kepada apa sahaja yang berbentuk, bernama, berhuruf dan berfizikal. 

 

Terutama manusia lain, walaupun fikiran sendiri. Tetap yakin kepada hati. Percaya kepada Allah yang Esa. 

 

Bergantung harap kepada syafaat kekasihNya Nabi Muhammad Rasul Junjungan. 

 

Pandang yang banyak kepada yang satu dan yang satu kepada yang banyak.

Jurnal syukur hari ini agak berat untuk difahami, kerana memang tidak perlu faham. Tetapi untuk anda semua rasa. Rasailah dengan sebenar-benarnya rasa. Cuba selam keadasar hati sedalam dalamnya.

Baca dengan hati. Hati yang gembira dengan penuh kesyukuran. Insyaallah. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Sentiasa mohon doa pada anak-anak syurga, doa mereka tiada hijab.

Awak komen dibawah ye, apa yang dirasai…

Nurul adalah penulis bebas memperjuangkan cinta. Ingin terbang bebas diawan kerana rindukan bulan. Jurnal syukur adalah rutin terapi jiwa.

Ku Nurul Azira

https://nurulazira.com

Ku Nurul Azira Ku Shafii adalah seorang penulis bebas yang memperjuangkan cinta. Bertugas dalam bidang emas sebagai kerjaya yang diminati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *