Emas Ar-Rahnu YaPEIM
Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut Tentang Emas Ar-Rahnu YaPEIM

Emas Ar-Rahnu YaPEIM ATOMY

JURNAL SYUKUR NURUL #1 PUISI KALAM INSAN

 JURNAL SYUKUR NURUL #1 PUISI KALAM INSAN

Kalam Insan

Jurnal syukur adalah terapi untuk jiwa berkomunikasi dalam diri.
Setiap hari kita terlepas pandang banyak toksin halus masuk ke dalam alam rohani kita.

Bagi Nurul, toksin dijiwa adalah bahasa lain dari tekanan (stress).
Sangat bahaya jika dibiarkan.

Setiap minggu, Nurul akan cuba tulis apa-apa peristiwa sebagai jurnal kesyukuran Nurul untuk release toksin dalaman.
Atau detoks hati Nurul.

TOKSIN DIJIWA

Toksin ini adalah racun.

Analoginya, untuk mudah faham lihat fizikal diri kita.
Setiap hari, tubuh badan kita menerima makanan yang pelbagai.
Kadang-kadang ada diantara makanan yang kita makan adalah toksin atau racun.

Toksin ini bahaya.

Jika kita tidak buang ia akan terkumpul dan merosakkan jasad.
Dalam perubatan, banyak kaedah untuk buang toksik ni seperti:

  • Banyakkan minum air putih
  • Bersenam untuk keluarkan peluh
  • Minum teh secawan setiap hari – kerana teh ada antioksidan yang tinggi
  • Minum lemon suam yang dicampur dengan madu
  • Tidur awal

Sumber: Sinarharian

Begitu juga diri rohani kita.
Atau jiwa kita. Kita perlu detoks supaya tidak melarat.

Malah, toksin jiwa lebih bahaya dari toksin di tubuh.
Ia akan memberi kesan bukan hanya pada hati, tetapi jasad turut binasa.

Tulis jurnal syukur ini hanyalah salah satu kaedah sahaja.
Dalam islam banyak lagi kaedah kaedah untuk kita buang toksin di jiwa kita.

Contohnya, apa yang Nurul tahu:

  • Baca Al-Quran, lebih berkesan jika kita tahu dan faham maknanya.
  • Banyak Istighfar dan Zikir, merasakan diri kita lemah dan tiada daya upaya.
  • Bantun solat sunat tahajjud waktu pagi.
  • Munajat, tafakkur dan meditasi. Kosongkan jiwa kita.
  • Ingat bahawa diri kita akan mati dalam keadaan fokus.

JURNAL TERAPI SYUKUR

Tulis jurnal syukur adalah salah satu terapi ketenangan jiwa. Banyak hasil kajian jika anda google yang menyatakan kesan terhadap syukur.

google

Anda cari saja perkataan ‘Jurnal Terapi Syukur‘.
Pasti akan jumpa kajian-kajian tentang kelebihan menulis jurnal syukur.

Contohnya, Kekuatan Terapi Syukur dalam Membentuk Pribadi yang Altruis: Perspektif Psikologi Qur’ani dan Psikologi Positif.

Korang baca sendiri dan hadam kan ye. Ada rezeki Nurul review tentang artikel syukur ni.

Dalam agama Islam sendiri menggalakkan kita bersyukur.
Allah s.w.t. berfirman di dalam Al-Quran tentang syukur.

And ˹remember˺ when your Lord proclaimed, ‘If you are grateful, I will certainly give you more. But if you are ungrateful, surely My punishment is severe.’”

Surah Ibrahim ayat 14:7

Maksudnya,

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”

Bersyukur tidak semestinya ditulis.
Ini cara nurul ye. Supaya anda yang membaca jurnal syukur Nurul terinspirasi untuk bersama-sama mensyukuri nikmat hidup ini.

Dan Nurul doakan semua yang baca posting ini terbuka hati juga untuk tulis journal syukur sendiri.

jurnal syukur tabung haji

NOTA JURNAL SYUKUR HARI INI

Today, syukur sangat sebab Inchek Soami happy.
Ya, Nurul syukur sebab dia gembira. Bila dia gembira, satu family terkesan. Senyum dari pagi sampai petang.

Nurul tulis disini nak bagitau satu dunia. Hihihihi…
Sebenarnya untuk dia tahu isi hati Nurul. Nak luah tak pandai berbahasa.
Guna bahasa tulisan jer lah…

So, nota syukur hari ni istimewa buat suami tercinta.

Inchek Soami Nurul suka menulis puisi. Puisi puisi yang dia tulis susah nak faham dan banyak koleksi puisi dia. Tak tahulah apa dia fikirkan dalam otak.

Nurul memang tak faham. Seorang yang sangatlah sastera.
Korang bayangkan, macam mana sastera diaplikasikan dalam kehidupan?

Kadang kadang dia membebel sorang-sorang falsafah hidupan. Kenalah menadah telinga. Lama-lama dah faham sangat perangai minda luar kota dia. Cuma ada yang tak faham dan pening nak fikir.

Layan jer lah…

Apa apa pun, kita sebagai isteri kena support apa yang suami kita minat selagi tidak melanggar syariat. Walau tak faham kan… hihihi….

BUKU ANTALOGI PUISI KALAM INSAN MEMANUSIAKAN MANUSIA

Ok, balik kenapa la dia happy sangat?
Sebenarnya puisi Inchek Soami terpilih dalam buku Antalogi Puisi Kalam Insan Memanusiakan Manusia.

Dia sendiri tak sangka. Hujung tahun lepas Inchek Soami hantar kepada Penerbit UiTM di Shah Alam. Tahun ni dapat emel, buku dah terbit.

Kebahagiaan adalah bermula dari dalam diri sendiri. Walaupun sekecil-kecil perkara. Peristiwa yang besar belum tentu mendatangkan bahagia.

Nurul Azira, 2020

Kalam Insan Memanusiakan Manusia. Puisi yang suami Nurul tulis adalah tentang Mati.
Dibawah ni petikan puisi yang ditulis.

Pergi Mampus Mati

Singkir saja megah hidup itu pergi
Rasa sangat ingin memiliki teramat tinggi
Sesungguhnya diri diri ego halus memerhati
Tidak akan pernah disentuh mampu tanggung lagi

Hampa bayangan angan-angan tiada berdiri
Selindung dibalik kepalsuan maya tari
Nikmatnya sekadar olok-olok tiada nilai barangkali
Cahayanya bukan selamanya mampu berseri

Leraikan lepaskan tautan nurani antara pelangi mimpi
Jangan harap akan pernah ku berpaling sekali lagi
Walau taruhan tahjud tasbih sujud mu sembah mohon beraja sepenuh hati
Harus aku tetap ampuh demi hening yang bening

Saljuhumairah – Antologi Puisi Kalam Insan Memanusiakan Manusia – Penerbit UiTM

BELI BUKU ANTALOGI PUISI KALAM INSAN?

Cukuplah,

Kalau nak baca puisi ini sampai habis kena beli lah…
Korang boleh ke kedai shoppe penerbit UiTM untuk buat tempahaN.

jurnal syukur antalogi puisi kalam insan memanusiakan manusia

Antologi Puisi Kalam Insan adalah sebuah himpunan karya puisi yang dihasilkan oleh warga Universiti Teknologi MARA (UiTM), yang mengangkat tema ‘Memanusiakan Manusia’. Tema ini cuba menelusuri rasa manusia yang semakin hilang dek kepantasan zaman serba moden dan digital yang menenggelamkan sifat-sifat kemanusiaan. Namun, sastera bias mengembalikan rasa melalui panahan kata-kata sebagai persoalan dan peringatan akan tanggungjawab manusia terhadap manusia, alam dan Tuhan.

Antalogi Puisi Kalam Insan

Sebuah karya puisi khas daripada Dato’ Baha Zain turut diterbitkan di dalam buku ini. Selain itu, beberapa lagi karya daripada pemuisi tamu turut dimuatkan seperti Menteri Pendidikan Malaysia, YB. Dr. Maslee Malik; Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd. Azraai Kassim; Timbalan Naib Canselor Akademik UiTM, Prof. Ts. Dr. Haji Mohamad Kamal Haji Harun; Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Y.Bhg. Dato’ Professor Dr. A. Razak Hj. Mohaideen; dan Penyair Tersohor. Dato’ Dr. Ibrahim Ghaffar.

Antalogi Puisi Kalam Insan

KESIMPULAN PANDUAN TULIS JURNAL SYUKUR

Nurul mengakhiri kalan tulisan journal syukur ni dengan ucapan Alhamdulillah.
Terima kasih Allah s.w.t. dan selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad Rasulullah.

Sesungguhnya diri kita semua tiada daya dan upaya. SemuaNya dengan izin Dia.

10 Saranan Nurul untuk korang mula tulis jurnal syukur sendiri:

  • Mulakan tulis jurnal kesyukuran setiap malam sebelum tidur
  • Sediakan buku khas cantik-cantik untuk tulis walaupun sikit
  • Tulis apa yang menggembirakan korang, dan ia akan repeat repeat repeat again dan Allah s.w.t. akan tambah lagi
  • Tulis mulai malam ni tau
  • Fokus kepada yang positif sahaja, yang negatif biar dulu.
  • Kalau boleh ubah peristiwa negatif kepada pandangan positif (ini untuk next level)
  • Tulis jurnal syukur korang ikut cara sendiri.
  • Dalam bentuk point pun tak pe.
  • Tulis untuk dalaman diri sendiri
  • Tulis secara konsisten, walaupun sebaris perkataan.

InsyaAllah, semoga kita semua dapat detoks toksin-toksin dalam hati kita.

Nurul pernah tulis jurnal syukur dalam posting yang lepas tentang kesyukuran jiwa.

Jemput baca. Ini cara Nurul tulis ye.
Korang tulis ikut citarasa korang sendiri.

Alright, jumpa dalam nota jurnal syukur seterusnya ye… see ya…

Nurul harap jika posting ini bermanfaat, share manfaat ni di facebook korang ye. 🙂

Ku Nurul Azira

https://nurulazira.com

Ku Nurul Azira Ku Shafii adalah seorang penulis bebas yang memperjuangkan cinta. Bertugas dalam bidang emas sebagai kerjaya yang diminati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *