Emas Ar-Rahnu YaPEIM
Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut Tentang Emas Ar-Rahnu YaPEIM

Emas Ar-Rahnu YaPEIM Jurnal Syukur Nurul ATOMY

JIWA GELORA | INDAHNYA BERTUHAN

 JIWA GELORA | INDAHNYA BERTUHAN

Bermula semula jiwa

“Azira terasa lega berasmara dengan suasana kampung sendiri, menghidu keharuman damai dibawah pohon padi yang rendang. Gambaran kias redupnya di jiwa menjernihkan rasa kolam hati. Tenang. Kelatnya terusir asing”

~~~

Sesak nafas sebelum ini beransur lancar dan terurus sekembalinya dari perantauan 9 Hari lalu.

GELORA JIWA AZIRA

Seusai mengemas rak-rak baju anak Azira menerenung jauh ke penjuru puncak gunung awanan biru. Diketap birinya yang merah delima.

Hurmmmm…..

Jiwa Sayang… memang rasa sayang…

Siapa Tak Sayang nak meninggalkan kurniaan yang membuatkan Kita gembira?

Soalnya dihadapan diri sendiri…

Cip..cip…cip…

3 ekor burning kelicap hinggap di birai tingkap kaca rumah, seakan menjawab soalan hati nuraninya…

Dah lama dia impikan rasa damai begini…

Sebenarnya ini lah yang dicari.

Satu Alam dia pusing,

Rupanya bahagia dalam diri sendiri… memandang ke dalam diri. Mencipta kebahagiaan sendiri.

Putaran lamunan Azira terhenti pada 2 minggu lepas.

11 tahun lamanya menambat sauh dalam terdampar selesa di zon ria menyebabkan keterikatannya dengan kepalsuan suasana dunia.

Lalu berlaku kekucaran diantara turun Dan naik nya nafas Azira.

2 tahun 7 bulan survival jarak jauh dari sang suami buatkan dia sering ditarik kembali kepada Sang pencipta diri.

Hikmah bila dia sendiri.

Kebergantungannya total tiada yang lain lagi. Kerana selain dari Allah hanyalah sia-sia dan palsu semata-mata.

Malah tidak nyata sedikit pun.

Akhirnya Azira tekad dalam kesungguhan. Menarik kembali sauh layaran keselesaan. Dari niat. Memulakan dayungan pertama menuju ke Pulau dirinya sendiri. Tanpa paksaan, Tampa kebergantugan. Hanya, kebergantungan yang penuh. Bulat.

 

Walau, permulaan agak penat. Mendayung bagi yang bukan pendayung.

Masih kabur.

Masih kabus.

Bermula semula dengan Jiwa

 

INDAHNYA BERTUHAN

Akhirnya Azira disini.

Bertimpuh pada permulaan kehidupan sendiri. Bahagia tanpa bergantung kepada satu apa pun. Bahagia tanpa syarat.

Azira menyedut nafas dalam dalam sambil menghirup teh hijau Cameron highland panas-panas. Dia cuba selami betapa sukarnya merubah diri.

Disangkakan bila dia sihat, bahagia akan datang.

Bila hidupnya mewah kegembiraan akan menghampiri.

Apabila keinginannya dipenuhi jiwanya akan tenang.

Salah!

Salah!

 

Sebetulnya, bahagialah yang menghasilkan hidup sihat, bila dia gembira kemewahan hidup akan terasa dan saat jiwanya tenang, semua keinginan akan menjemput datang tanpa diundang.

Nekadnya, 

Dia perlu bermula semula. Memulakan kehidupan baharu. Reset. Reborn. Melahirkan semula bayi jiwanya untuk dibelai dan dijaga sepenuh raga. Supaya jiwanya sedar, ya, sedar sentiasa.

Dalam kesedaran jiwa, Azira dapat menyaksikan segala.

Kesihatannya semakin baik sejak mengamalkan pemakanan Dan cara hidup yang sihat hasil dari kesedaran.

Dia pergi bercuti saat bila jasad memerlukan, tanpa memikirkan kepalsuan bayangan semalam.

Kerohanian yang seimbang, tafakur dalam keramaian.

Dan bekerja ikut masa sepertimana bermain dipadang ketika kecil dahulu.

Permulaan tidak akan pernah lambat.

PHEONIX BANGKIT DARI ABU

Memulakan kehidupan baru bagai pheonix bangkit dari Abu, rasa seronok walau dia tahu rintangan dugaan Jalan berliku.

Tinggalkan kehidupan dulu.

Keluar dari kawasan pemikiran lama.

Sukar, payah.

Namun, lebih indah dihadapi walau sukarnya tiada siapa yang tahu. Yang penting baginya “Aku hidup diatas aku”

Pegangan tauhidnya semakin tajam setelah hatinya terlerai ikatan pada dunia.

“Azira, hiduplah kamu pada diri kamu.Keterikatan kepada sesuatu menyebabkan jiwa mu lemah dan lesu tidak bermaya.” – bicara diri yang satu lagi.

Lalu Azira terkenangkan kata-kata

“Diri kita yang ego ini jarang sekali mengiktiraf momen-momen yang sedang berlaku pada masa kini. Hanya kenangan silam dan impian pada masa hadapan yang diberi tempat tertinggi. Betapa silapnya kita selama ini” 

JIWA KOSONG

Di atas kerusi pejabat, azira membetulkan sediti tudung bawal exclusive…..

nyet…nyot…

Bunyi kerusi yang sedikit uzur… Lama dia termenung face to face monitor komputer, Azira merenung, memandang sendiri kedalam lubuk hatinya..

Kosong yang hanya dirasakan,

Walaupun ada rakan sekerja dia rasa dirinya sendiri, namun sendiri yang penuh dengan rasa Allah sedang memerhatinya dengan penuh kasih Sayang… Allah mendampingkan Rasulullah menemani bersama sentiasa.

Dia selesa menempatkan dirinya jauh didalam lubuk hati.

Seperti ada aliran air yang tenang setenangnya.

Mindanya terbang, teringatkan anak-anaknya dirumah pengasuh.

Anak bongsunya diuji dengan demam.. Redha. Hanya perasaan itu yang mendamaikan.

Kerana dia tahu Allah lah yang memberikan penyakit… kerana Allah ingin menyatakan DIA Maha penyembuh… dah berapa kali Azira menghadapi ujian begini sendiri, sejujurnya dia hanya manusia biasa tetap tidak sempurna.

Rasa sedih tetap tidak boleh dilawan.

Walau pada riak wajahnya tenang, masih tidak mampu menahan titisan air mata dalam hati. Sesekali tidak akan biarkan air mata itu terzahir, takut-takut tidak mampu melawan.

Hurmmm….

Lalu dia menyerahkan sepenuhnya urusan kepada yang Maha Mengurus.

 

Ya, sungguh! makhluk itu tidak sempurna,

Azira menghentikan putaran lamunannya dengan senyuman penuh makna kepada wajah dirinya sendiri dihadapan cermin mimpi yang nyata disebalik realiti kehidupan…

Sempat dia selitkan bacaan surah Al-Fatihah Dan Al-Ikhlas dalam hati buat kekasih dirinya sendiri Ku Nurul Azira Ku Shafii, anak-anaknya Husna Umaira Dan Shafiqah Khalilah,

Apabila mengenangkan kedua -duanya tidak pernah jemu menyayangi Dan menemani hidupnya dikala sendirian, rasa sangat bertuah.

Lalu dia meneruskan tugas dengan lafaz nama yang Maha mengasihi Dan menyayangi dirinya…

Kelembutan kasihNya terasa dibelai halus dalam dakapan rinduNya Ilahi… Penuh yakin senyuman raganya adalah kurniaan terindah buat dirinya pagi ini.

Azira seperti bayi dalam dakapan seorang ibu.

KasihNya seolah-olah menyelimuti diri Azira yang dalam kedinginan.

TUJUAN HIDUP

“Tujuan hidup adalah untuk mengalami seluruh pengalaman yang dihadapi” 

Azira fikirkan sebelum ini, kebahagiaan adalah pada apa impian yang ingin dicapai.

Dia sering tertekan.

Perasaan yang menipu dalam diam. Ya, ia bahagia yang menipu. Menipu diri sendiri. Sering juga tertekan dengan masa lampau dengan kisah-kisah duka kehidupan.

Mengejar bayang-bayang yang tidak mungkin dapat disentuh lagi.

Tetap tertinggal dibelakang.

Lalu, dia mencari-cari masa. Sedangkan tafakurnya menjawab persoalan bahawa masa itu tiada. 

Walaupun satu saat sekarang pun tidak akan dapat dimiliki kerana sesaat akan berlalu segera menjadi memori.

Sesaat nanti adalah ketika yang belum pasti. Hanya menjadi rahsia dan akan diketahui setelah menjadi realiti.

Sekarang?

Saat sekarang adalah saat yang penuh nilai. Anugerah yang tak mungkin tersia-siakan lagi.

Apa yang perlu Azira fikirkan dan lakukan adalah mencintai cinta dalam setiap gerak dan diam, kerana bermulanya hidup yang baru pasti bermulanya cinta.

Setiap hari cinta pasti hidup kembali.

Azira memandang Cinta adalah kenyataan yang sangat jelas pada setiap sesuatu situasi yang berlaku dalam hakikat. Keterbatasan setiap peristiwa hanyalah menyatakan bahawa ciptaan tidak punya apa-apa melainkan akur dengan ketetapan.

Setiap antara kita pandanglah kepada cinta dengan cinta yang ada dalam diri sendiri.

Fahamilah rasa jiwa.

Kenali diri sendiri.

Itulah tujuan hidup ini. 🙂

Tunjukkan lebih banyak mengenai GELORA JIWA AZIRA | ALLAH CANTIK

Perlukan lebih banyak maklumat mengenai saya?

Ku Nurul Azira

https://nurulazira.com

Ku Nurul Azira Ku Shafii adalah seorang penulis bebas yang memperjuangkan cinta. Bertugas dalam bidang emas sebagai kerjaya yang diminati.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *