Emas Ar-Rahnu YaPEIM
Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut Tentang Emas Ar-Rahnu YaPEIM

Emas Ar-Rahnu YaPEIM Jurnal Syukur Nurul ATOMY

PAJAK GADAI EMAS Ar-RAHNU CARA NURUL BAYAR UPAH SIMPAN ONLINE JER

 PAJAK GADAI EMAS Ar-RAHNU CARA NURUL BAYAR UPAH SIMPAN ONLINE JER

Hari ini Nurul rasa tanggungjawab, nak share perkara best ni tentang gadaian emas di Ar-Rahnu YaPEIM.

Sebelum tu,

Jom berkenalan dulu.

Nurul kerja di Ar-Rahnu YaPEIM dah lebih 11 tahun.

Posting ini tiada bayaran apa-apa ye, just nak kongsikan manfaat simpanan Emas dan cara nak bayar ansuran gadaian Emas di Ar-Rahnu YaPEIM.

InsyaAllah, semoga ianya bermanfaat ye…

Ar-Rahnu YaPEIM Apa tu ?



Mudahnya ia adalah tempat pajak gadai emas.

Selain gadai menggadai Ar-Rahnu tawarkan perkhidmatan lain seperti:

  1. Perkhidmatan Pembelian Emas
  2. Takaful Kenderaan
  3. Tabung Ibadah Qurban
  4. Produk YaPEIM Gold
  5. Kad Privilege YaPEIM

Serasanya, ramai yang dah tahu kot tentang Ar-Rahnu ni. Kalau tak tahu, selamat berkenalan ye dengan Ar-Rahnu YaPEIM.


“Susahlah gadai di AR-RAHNU, banyak prosedur. Banyak sungguh dokumen, banyak juga borang-borang nak isi, macam-macam test. Baik aku pergi kedai A* C***. Lagi cepat, lagi mudah”

Ramai yang berfikir begini. Sebelum Akak kenal Ar-Rahnu pun sama persepsi macam korang-korang jugak.


Betul la, itu kan pajak gadai Islam.

Perlu details, perlu teliti dan telus dalam proses.

Sebenarnya, tidak susah pun. MUDAH sangat, ia adalah antara pusat gadaian emas yang paling telus dan boleh dipercayai.

Kita sahaja takut dengan perasaan takut kita sendiri.

Ar-Rahnu mempunyai kaunter cawangan diseluruh negara dan hampir keseluruhan bandar-bandar utama di setiap negeri.

Kelebihan ada Emas sendiri,



“Tak perlu risau jika tak ada duit jika kemana-mana dalam negera, yang penting anda ada emas tulin. Original okeh! jangan emas palsu atau celup… tak kisah la barang kemas atau gold bar. Boleh pajak gadai Emas di mana-mana kaunter Ar-Rahnu.”

nurul (2020)



Ramai pandang negatif gadaian emas. Tengok pelik je kan bila orang masuk pajak gadai.

Tak apa. It’s okey, ramai-ramai kita doakan mereka faham dan terang pintu hati ye.

Sedangkan, Ia adalah sistem islam yang lebih baik daripada pinjaman peribadi, jika korang memerlukan duit segera.

Pemikiran kita telah lama dijajah dengan sistem kapitalis yang ingin mengaut keuntungan dan memonopoli ekonomi.

Hurmmm… Ar-Rahnu sekarang ni pun dah banyak.

Bank-bank pun dah ada perkenalkan sistem Ar-Rahnu sendiri. Tak perlu risau nak pergi pajak gadai dengan sistem yang dijamin.

Jika dulu, banyak pajak gadai yang menipu dan menindas orang-orang yang perlukan duit. Kadar bunga yang tinggi.

Ar-Rahnu YaPEIM ni dapat support dari Goverment tau. Tambahan dibawah pentadbiran Menteri Agama kita yang baru, Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Ar-Rahnu YaPEIM semakin nampak cemerlang.

Beza Gadai Emas di Ar-Rahnu dan Pinjaman Bank


Korang boleh bayangkan?

Andai kata kita terdesak, nak pakai duit segera.

Kita pun buat pinjaman peribadi dengan Bank, kerana perlukan wang tunai segera, kemudian kita menggunakan wang tersebut.

Kita akan bayar setiap bulan secara konsisten selama beberapa tahun kepada bank.

Setelah selesai pembayaran, dipenghujungnya apa yang kita dapat? Zero, Kosong. Hanya bayar faedah.

Duit tunai yang kita perolehi mula-mula pinjaman dah lama habis kan….

Berbeza dengan membuat gadaian emas. Kita tetap perlu bayar.

Jika tidak mampu untuk bayar segera, kita boleh bayar secara ansuran dan apa yang perlu kita buat adalah tambahan upah simpan sahaja yang perlu kita renew setiap beberapa bulan bergantung kepada tempoh perjanjian.

Akhirnya, kita akan dapat kembali emas kita. Dan magic, nilai emas tersebut kekal konsisten mengikut pasaran ekonomi.

Dah boleh gadai balik. Ahakzssss…..

Nilai emas ini lebih stabil berbanding mata wang biasa.

Nampak kan?

Nurul nak promosikan sistem gadaian Islam kepada semua orang. Yang penting mulai sekarang dan saat ini, korang perlu tanam niat untuk simpan emas banyak-banyak.

Demi masa depan yang penuh kilauan. Hehehehe…

Boleh ke Kalau Gadai Emas di Ar-Rahnu, Lepastu Bayar Sikit-Sikit?



Ya.

Boleh. Caranya mudah sangat. Bila awak gadaikan barang kemas atau Gold Bar YaPEIM di Ar-Rahnu YaPEIM, awak akan ada satu akaun diciptakan atas nama penggadai.

Contohnya, korang telah buat gadaian emas dengan nilai RM1000. Nilai ini perlu dibayar semula untuk tebus emas tu. Perjanjian pula katakan 6 bulan.

Nak bayar serentak memang tak berduit la. Mana nak cekau. Habis la gaji nanti.

So, korang boleh buat bayaran secara ansuran setiap bulan. Bayaran korang setiap bulan tu akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dicipta tadi, sama seperti korang buka akaun bank.

Kira mudahnya, seperti buat akaun bank di Ar-Rahnu.

Andai kata korang masih belum mampu untuk jelaskan jumlah tebusan emas tersebut setelah cukup tempoh 6 bulan, apa nak buat?

Korang boleh tambah tempoh dan kos upah simpan akan dikenakan. Eh.. lemak la nak letak emas korang free jer. Hihihihi….

Untuk rekod, charge upah simpan yang dikenakan Ar-Rahnu sangat minima berbanding kadar faedah pinjaman bank.

Kenapa Bayar Ar-Rahnu Online?

Sekarang, proses pembayaran ansuran pinjaman dan upah simpan emas di Ar-Rahnu lebih mudah.

Online jer dari rumah tanpa perlu habiskan minya kereta. Banyak kos kita akan tanggung bila keluar rumah ni. alah… korang tahu sendiri lah…

Bila dah keluar rumah, mula la nak drive thru KFC/ McD la. Nak singgah kedai Eco la… Nak singgah Watson la… Macam-macam la… hahaha… Pengalaman akak sendiri.

Melalui online proses kita lebih cepat, lebih mudah dan lebih amanah.

Tak perlu ke kaunter AR-RAHNU. Banyak kerja lain nak buat. Nak basuh kain, lipat baju, basuh pinggan dan macam-macam la kerja korang.

Daripada habiskan masa atas jalan.

dan…. Suami pun suka. Hahaha…

bayar ar rahnu bila bila pun boleh

Cara Daftar Kali Pertama Akaun Ar-Rahnu Secara Online



Okey, Nurul nak habaq mai 4 Langkah Mudah Daftar Kali Pertama Untuk Semak Gadaian Emas Korang di Ar-Rahnu.

Sebelum buat bayaran, kena la daftar dulu.

Panduan ini khas untuk yang dah membuat gadaian emas di Ar-Rahnu. Kalau tak gadai nak bayar buat apa. hahaha… Kalau nak bayar jugak, bawa emas korang yang berkilo-kilo tu ke Ar-Rahnu terdekat, gadai dan dapat duit. Boleh la bayar online. hihihi

Gurau jer dik.
Jangan ambik pot hokey…hihi


1. Pertama,

Layari laman sesawang https://arrahnupay.yapeim.my atau korang boleh juga akses laman rasmi Ar Rahnu YaPEIM —>> https://www.arrahnuyapeim.net/.

Kemudian klik tab ‘BAYARAN ONLINE‘ atau kalau tak jumpa juga taip ‘ARRAHNUPAY‘ pada carian Google.


2. Kedua,


Klik pada butang ‘Daftar‘.

3. Ketiga


Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik butang ‘Semak

Kemudian masukkan maklumat berikut:


A. Nombor Telefon:
B. Alamat Emel:
C. Kata Laluan (baru):


dan Klik butang ‘Daftar


4. Keempat


Sila sahkan pendaftaran di pautan yang dihantar ke emel yang korang daftarkan tadi.

*Sangat penting untuk korang pastikan emel yang didaftarkan adalah emel yang aktif okey…

Pendaftaran ni sekali jer tau. Lepas ni boleh login macam biasa jer.

Kalau tak faham Nurul terangkan diatas, korang boleh rujuk infografik dibawah ni, clear sikit kan:

cara daftar ar rahnu kali pertama
Pendaftaran Ar-Rahnu Kali Pertama secara online

Cara Nak Buat Bayaran Ar-Rahnu Secara Online

Okey,

Tadi lepas korang dah daftar, sekarang akak nak ajar cara-cara nak buat bayaran pulak.

  1. Login masuk akaun korang melalui laman web ni: https://arrahnupay.yapeim.my
  2. Kemaskini maklumat korang sekiranya perlu.
  3. Klik tab ‘Gadaian‘ untuk semak dulu details transaksi gadaian yang korang buat.
  4. Klik pada ‘Nombor Rujukan‘ dan maklumat terperinci akan dipaparkan. Klik butang ‘Bayar‘.
  5. Masukkan butiran pembayaran dan klik semula butang ‘Bayar‘.
  6. Pilik dan klik jenis bank yang korang nak guna dan klik ‘Bayar RMXXX.XX‘.
  7. Klik butang ‘Submit’ untu pengesahan pembayaran.
  8. Klik butang ‘Resit Rasmi’ untuk cetak resit bagi simpanan korang nanti dan klik butang ‘Kembali’.
  9. Klik butang di atas sebelah kanan untuk ‘Log Keluar

Dah siap.

Mudah sangat. Mula-mula tak biasa lagi dengan sistem memang lah kan… Kanak-kanak belum kenal ABCDEF susah nak membaca, lama-lama okey la…

Kalau tak faham, boleh rujuk gambar bawah ni ye.

pembayaran ar rahnu secara online
Pembayaran Ar-Rahnu Secara Atas Talian


Simpan Emas Ar-Rahnu Anda Sekarang Untuk Masa Depan?

Macam mana nak simpan emas?

Pertama sekali, mestilah kena ada duit banyak-banyak. kan… kan… kan…

Bila masa yang sesuai nak beli emas?

Jawapannya, masa paling sesuai beli emas adalah masa korang berduit. Hahahaha… betul lah, dari beli produk-produk sampah tak berfaedah, baik beli emas.

Nak tunggu harga emas turun entah bila. Tak rugi beli emas ni. Rugi kalau korang bagi hilang…hihihi

So,

Mulai hari ni, Akak nak nasihatkan, korang niat sungguh-sungguh sepenuh hati jiwa nurani. Sebut “saya nak amalkan simpanan emas semata-mata kerana Allah s.w.t. bukan kerana yang lain”

InsyaAllah kalau niat kita baik, Allah akan permudahkan urusan kita untuk mencapai niat tersebut.

Kalau niat korang menyimpang. Faham-faham sendiri la…

Sekarang,

Dah banyak peluang tambah income ni. Kalau tiada idea nak buat bisnes online apa? Jom, join Akak bisnes Atomy. Best.

Dah banyak bonus komisyen Atomy korang dapat, boleh la nak beli gelang emas ka, rantai ka, subang ka, rantai kaki ka… nak beli Gold Bar pun boleh.

Cari duit tambahan dulu.

Melainkan korang ada lebihan duit gaji.

Ingat! konsisten.

Kedua, rancang strategi simpanan. Nurul cadangkan, korang simpan emas Ar-Rahnu YaPEIM dalam betuk Gold Bar. Nak beli barang kemas pun tak ada masalah.

Okey jer.

Dalam posting yang lain akak story kelebihan simpan Gold Bar compare barang kemas. InsyaAllah.

Contoh strategi simpanan yang Nurul buat adalah,

Asingkan duit gaji siap-siap untuk beli 1 Gram Gold Bar Sebulan. Itu pun dah memadai. Atau 1 Gram setiap dua bulan. Atau 1 Gram setiap tiga bulan. Lakukan secara konsisten.

Kalau duit gaji kita tak beli Emas. Hurmmmmmm….. al-maklum lah… Shoppe, Lazada melambai-lambai jer…

InsyaAllah.

Yang utama adalah niat.

Tak tahu dimana nak shoping emas? Korang boleh layari Ar-Rahnu Mall.
Selamat menyimpan emas ye korang.

Sekali lagi Ingat, konsisten tu penting, orang Arab sebut Istiqmah.

Apa yang korang dapat? Korang jadi kaya la… Kalau ada sahabat-sahabat nak share pengalaman di Ar-Rahnu boleh la komen dibawah.


Atau korang ada idea lain lagi yang lebih best? Share la… Share la… Share la…

Coretan Kisah Hidup Azira Bersama Ar-Rahnu

Jalan jalan ke Dabong Kelantan

Ku Nurul Azira

https://nurulazira.com

Ku Nurul Azira Ku Shafii adalah seorang penulis bebas yang memperjuangkan cinta. Bertugas dalam bidang emas sebagai kerjaya yang diminati.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *