Emas Ar-Rahnu YaPEIM
Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut Tentang Emas Ar-Rahnu YaPEIM

Emas Ar-Rahnu YaPEIM ATOMY

DRAMA PENDEK “JOYAH LEGEND” LOGHAT KEDAH PEKAT

 DRAMA PENDEK “JOYAH LEGEND” LOGHAT KEDAH PEKAT
drama joyah lagend

"Jangan melihat kemiskinan itu tiada jalan keluar kerana jalan kejayaan itu hadir dengan usaha"

Hye,

Assalamualaikum w.b.t.

Posting kali ni Nurul nak review tentang drama pendek “Joyah Lagend”. Ia adalah cerita lawak masyarakat kampung.

Drama ini diarahkan oleh Abang Danny yang mengenengahkan pelakon-pelakon biasa untuk mengebangkan bakat.

Nurul respect lah.

Selain dari Syahmi dari Kelantan ada producer yang memperkenalkan pelakon-pelakon bakal popular.

Okey, 

Balik kepada Drama Joyah Lagend ni. Sebenarnya drama ini lebih kepada promosi produk kecantikan. Nourain_beautycare.

Drama berdurasi 14 minit 28 saat ini mengisahkan seorang gadis miskin bernama Joyah yang hanya mengambil upah menoreh getah dan akhirnya menjadi kaya.

Joyah ni sangat terkenal di kampungnya. Sebab suka melawa pakai make-up bagai sebelum pergi menoreh getah.

 

Apa yang peliknya, walaupun menoreh getah, Joyah ni kaya-raya selepas 2 bulan. Asalnya rumah buruk jer.. miskin. Tapi kawan-kawan dia pelik kenapa dia mampu beli rumah besar. 

Ada yang menuduh Joyah jual rokok seludup dan proses air ketum…

Lagi pelik, pemuda-pemuda kampung sangat tergila-gilakan Joyah. Sanggup ‘skodeng’ Joyah pergi menoreh getah.

 

Tapi….. 

Apakah rahsia sebenar Joyah ye?
Kenapa pemuda kampung gilakannya ?
Kenapa ada yang iri hati dengannya ?

Alright, Nurul tak nak spoil mood korang. 

Korang saksikan sendiri drama pendek ini yg penuh dramatik, komedi.

Nurul suka drama ni, walaupun simple jer… tapi guna loghat kedah. Cuma ada beberapa pelakon yang tak berapa nak Kedah sangat.   huhuhu………

Poster-poster drama ni pun lawa-lawa…


Korang boleh layan video youtube dibawah.

TONTON DRAMA 'JOYAH LAGEND'

LRL PRODUCTION

Drama Joyah Lagend ini diterbitkan oleh LRL Production Industry

Sebuah syarikat penerbitan. Nurul cuba cari maklumat syarikat ni. Agak sukar. Tapi kalau korang google, ada la facebook.

Kalau tengok drama yang mereka terbitkan lebih kepada tanjaan – tajaan syarikat yang nak promosikan produk komersial.

Kebanyakan produk adalah keluaran tempatan. Okey, kita support LRL Production.

Mereka menyiarkan video-video kreatif DIY mereka di Chanel Youtube : lrlflix tv.

Jom subscribe.

DRAMA-DRAMA LAIN

Sebenarnya banyak lagi drama-drama yang telah dihasilkan oleh LRL Production selain dari Drama Joyah Lagend.

Lebih kurang 27 drama kot.

Korang boleh melawat channel Youtube mereka. Nurul dah bagi link kat atas ye. 

Klik jer lrlflix tv ye. Jom kita tengok beberapa drama pendek yang telah di produce oleh mereka. Nurul paparkan sikit jer kat bawah ni.

DRAMA HILANG KERJA

Drama Pendek “Hilang Kerja” Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Sha.

Beliau terlalu obses dengan kecantikkan dan mekap, sehinggakan sentiasa melihat cermin dan memakai lipstick setiap 5 minit untuk kelihatan menarik..

Perkara ini menyebabkan kawan baiknya, Mila turut tidak selesa..

Malahan Sha dan Mila diberhentikan kerja kerana sikap Sha itu.. Sha juga trauma dengan lelaki sehingga dia takut untuk berkahwin..

Pada tanggapan Sha, semua lelaki adalah sama..Mereka berdua juga turut tidak disenangi oleh rakan yang lain..

Rakan-rakan selalu mengejek Sha kerana terlalu obses dengan lipstick dan kecantikan..

Pada suatu hari, Mila mengetahui punca Sha selalu memakai lipstick setiap 5 minit..Ianya adalah kerana lipstick yg Sha pakai mudah hilang dan tidak melekat di bibir..

Lalu Mila memperkenalkan Sha dengan lipmatte yang dipakainya iaitu lipmatte HUSH by Nissa..

Sha terus jatuh cinta dengan lipmatte tersebut.. Mila juga turut menasihati Sha tentang sikap Sha yang tidak suka kepada lelaki..

Allah telah ciptakan setiap manusia hidup berpasang-pasangan..

Saling memerlukan antara satu sama lain.

DRAMA NAK TANYA NI

DRAMA HANTU SESAT

DRAMA GELANG PUSAKA NENEK

DRAMA DIN GILA

DRAMA CIK LELA SINGA

Semoga LRL Production semakin terkenal dan maju dengan idea-idea yang lebih matang dan mantap.

Lepas ni boleh la promosikan produk-produk Atomy pulak. hihihihihi…

BACA JUGA POST NURUL YANG LAIN YE..

Ku Nurul Azira

https://nurulazira.com

Ku Nurul Azira Ku Shafii adalah seorang penulis bebas yang memperjuangkan cinta. Bertugas dalam bidang emas sebagai kerjaya yang diminati.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *