Emas Ar-Rahnu YaPEIM
Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut Tentang Emas Ar-Rahnu YaPEIM

Emas Ar-Rahnu YaPEIM ATOMY

Atomy Malaysia Sebuah Permulaan Bisnes Online

 Atomy Malaysia Sebuah Permulaan Bisnes Online

Daftar Atomy Malaysia

Bisnes Atomy Malaysia semakin berkembang cepat.
Adakah anda sudah ada bisnes online?

Zaman sekarang ramai telah berjaya menjana pendapatan hanya melalui internet.

Tahun 2020 dah nak habis. Lagi 1 bulan lebih.

Rasa sekejap sangat masa berjalan kan… Tambah-tambah situasi PKP dan COVID19 sekarang.

Buat duit online bukan lagi tipu. Kalau dulu income dari internet ni propa saja lebih. Banyak beri harapan palsu kan…

Kawan kawan Nurul sendiri dah ramai yang berjaya bisnes online.

Ada yang jadi youtuber, jadi dropshiper, jadi peniaga tudung di shoppe, Lazada, live di Facebook, main game dan banyak lagi platform untuk jana pemdapatan hanya guna internet.

Anda nak jadi yang mana?

Korang boleh pilih yang sesuai dengan sepenuh perasaan. Tanya pada hati dan jiwa. Jangan ikut-ikutan sudah lah.
Takut nanti jadi hangat-hangat tahi ayam saja. (Pengalaman Nurul sendiri)

Jika anda masih lagi cari cara untuk buat bisnes online,

Pengenalan Bisnes Atomy di Malaysia


Today, Nurul akan cerita cara buat duit yang betul dengan Atomy.

Sebelum tu,

Mesti awak tertanya-tanya

Kenapa Nurul pilih Atomy sebagai platform perniagaan online?

November 2020

Hidup ini tidak lebih hanya permainan sementara.

Pertama sekali, bisnes Atomy hanya perlukan komputer atau telefon dan talian internet sahaja. Kerana semua proses Atomy hanya online.

Kedua, pendaftaran untuk jadi ahli percuma. Tidak kos untuk dilaburkan. Nurul berfikir dengan Inchek Soami lebih 2 minggu. Kaji baik dan buruk serta risiko.

Ketiga, tidak perlu jual produk. Hanya jadi pengguna dan sebarkan manfaat untuk pengguna lain.

Keempat, produk berkualiti dari Korea. Produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Korea ini setanding dengan jenama terkenal lain.

Platform Atomy Malaysia ini sama seperti paltform shoppe dan Lazada jer. Bezanya Atomy Malaysia hanya fokus produk berkaitan keperluan sahaja.
Mereka ada Atomy Mall sendiri.

Boleh tengok-tengok sendiri laman web Atomy Malaysia tetapi hanya yang berdaftar sahaja dibenarkan membeli.
Daftar Ahli Atomy percuma. TIADA bayaran yuran.

Manakala, untuk faham model bisnes pula, sama konsep dengan Bonuslink atau Kad MESRA Petronas. Kumpul point untuk setiap barang.

FENOMENA ATOMY MALAYSIA

Ceritanya bermula begini, cheewah… bulan Mac yang lepas, sejarah duniah telah berlaku. Seluruh rakyat Malaysia diminta untuk kuarantin diri duduk diam diam dalam rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh MKN kerana Pandemik COVID19 – penularan virus baru.

Gaya hidup rakyat berubah dengan drastik dalam tempoh yang singkat.
Makcik makcik yang membawang setiap hari dah pandai main internet,

Mereka pandai order barang keperluan secara online,

Cikgu dan pensyarah mengajar sepenuhnya guna aplikasi online, google meet, zoom, webex dll.

Harga laptop dan gadget maintain tidak turun, kerana permintaan tinggi

Anak anak tidak ke sekolah dan belajar dari smartphone parent je. Ada yang berebut dan terpaksa beli phone baru.

Dan,

Seorang Motivator tanah air terkenal DTA telah perkenalkan perniagaan Atomy di Malaysia.

Pada mulanya Nurul tak ambil pot sangat.

ATOMY DASAR PENIPU!

Begitulah awal persepsi Nurul. Mesti sama macam korang kan…

Dalam hati berkata sendirian, “Ini mesti MLM biasa, nak suruh jual produk dengan harga mahal, lepas tu ambil duit pendaftaran new comers 20%.” Nak scam rakyat Malaysia la tu.

Setandard lah kan. Mana mana MLM pun sama.
Asal kerja nak suruh cari downline.

So, tak kisahlah.

Tiba-tiba pada suatu hari, Nurul terperasan salah seorang mentor yang Nurul minat Prof Dr. Muhaya pun cerita benda yang sama.

Ada la satu video Youtube, menampilkan Dr. Tengku Ismadi, Datuk Prof Dr. Muhaya dan Dato’ Fadhilah Kamsah bersembang.

Apa Kata Mereka Tentang ATOMY – Dr. Hj. Tengku Asmadi, Prof Muhaya dan Dato Dr. Hj Fadzilah Kamsah

Video Atomy Malaysia atas ni ringkasan jer ye. Untuk video penuh boleh search di youtbe.

Kesimpulan dari video tu, Atomy bukan lah perniagaan MLM biasa, tetapi lebih kepada mengubah gaya dan cara hidup. Mereka ada konsep terbaru nak tipu orang. Ops…

Apa yang diterangkan, Nurul faham, adalah consumer based. Perniagaan berasaskan penggunaan dan kumpul point.

Tapi, tapi kan….

Bergantung kepada sudut pandangan mana yang korang nak lihat. Masing-masing boleh padang sendiri dan ada idea sendiri. Tidak boleh sama. Itulah kesempurnaan kehidupan.

Jika pilih pilih negatif, maka hasil kita dapat negatif.

Jika pilih untuk fokus positif, maka akan nampak peluang.

Pilihan ditangan anda. Nak +ve atau -ve.


PERMULAAN JOIN BISNES ATOMY MALAYSIA

Okey,

Biarkan persepsi itu terawang-awangan bergentayangan.

Nurul mesyuarat dengan suami hari-hari. Balik kerja tanya sentiasa pendapat suami tentang Atomy Malaysia ni. Pelbagai sudut kami bahas. Sebagai seorang isteri, restu suami sangat penting tau.

Hasil keputusan mesyuarat kami, akhirnya kami buat keputusan dan simpulkan lima (5) persediaan penting sebelum nak sertai bisnes Atomy Malaysia.

facebook dr faridah hamzah
Dr. Faridah Hamzah – Kenal secara online jer…

1. Niat. Mula-mula sekali Perlu betul dan jelas niat. Nurul daftar hari tu dengan Dr. Faridah dari UKM. Beliau lah yang bertanggungjawab di atas Nurul berkenalan dengan bisnes Atomy. Dr. Pesan tentang pentingnya niat ni.

2. Istikharah dan Munajat. Jangan sertai lagi jika masih was was dan ragu, buat istikharah dan mohon doa dengan sungguh sungguh doa. Point ini juga penting. Supaya anda tidak buat sesuatu perkara dengan ikut orang. Jika tidak sia sia perbuatan. Walaupun daftar percuma. Bukan sekadar Atomy sahaja, nak buat perkara lain pun sama.

3. Mula dengan bismillah. Daftar sebagai ahli. Niat nak ubah gaya hidup sekarang kepada gaya hidup yang lebih sihat dan bermatlamat. Don’t run our life by defult. Set the purpose.

4.Fokus dalam diri untuk membantu lebih ramai insan ubah gaya hidup mereka. Jika tak nak bisnes pun apa, sekadar jadi pengguna. Cuma lebih baiknya berkongsi manfaat. JANGAN letakkan fokus kita pada DUIT. JANGAN sesekali ya. Wang komisyen adalah hasil setelah kita ubah gaya hidup.

5. Redha. Ya, Nurul mesti redha apa sahaja ketentuanNya dikemudian hari atas pilihan kita. Kerana kami percaya usaha tidak memberi sebarang bekas, apa yang terjadi adalah paling terbaik. Kerana Dia maha merancang dan maha menentukan.

Semuanya elemen spiritual. Supaya rohani kita kuat. Supaya kita gerak dalam cinta.

CARA DAFTAR AHLI ATOMY MALAYSIA



Hubungi Nurul melalui whatsapp, klik ‘Saya Nak daftar Atomy dengan Nurul’ dan berikan maklumat berikut:

Nama (Ikut IC ye…) :
Nombor Kad Pengenalan (IC):
Alamat Rumah:
Nombor Telefon:
Alamat Emel (Wajib, tiada emel. Kena create ye) :

Nanti Nurul akan jawab anda satu persatu ye, dan daftarkan. Sekejap jer daftar ni. Maklumat anda adalah sulit, kita sembang dalam emel nanti ye…

Pendaftaran ahli (as a consumer) PERCUMA tau. Kalau anda tahu mana-mana Atomian yang mintak bayaran bagitau Nurul.

Kita piap! piap! piap! dia dengan batang penyapu.

Bila dah register nanti, pergi makan nasik kandar.

Hahahaha…
Jangan serius sangat, gurau jer dik….

Lepas daftar terus anda upgrade status dari MEMBER kepada DISTRIBUTER. Upgrade ni pun PERCUMA jer. Kena buat sendiri. Nurul akan guide sampai berjaya.

Tiada sebarang kerugian kos.

Penting, baca ni. Tak nak upgrade pun boleh. Duduk saja goyang kaki atas sofa sambil tonton Netflix makan Super Ring. Jadi Atomian lover jer.

Lepastu, boleh la akses Atomy Mall Malaysia. Jangan buka Mall Korea pulak. Masak la korang nak bayar kos shipping.
Teruskan aktiviti Shopping. Pilih produk Atomy yang berkenan dihati macam korang shopping di Lazada masa boss meeting kan…. Kan…… opsssss….

Lepas beli barang Atomy online, tunggu kat rumah, nanti brader courier sado datang ketuk pintu.

Nurul nasihatkan guna lah dengan penuh berjimat cermat dan ikut manual penggunaan. Rasailah kehidupan indah Korea dalam rumah tanpa perlu melancong ke Korea. Hahahaha….

Korang boleh gantikan barang barang yang sebelum ni korang beli di kedai-kedai serbaneka tu dengan harga yang lebih kurang.

Nurul beli barang biasa-biasa jer dan pilih-pilih jugak biar berbaloi. Sebab ada barang yang lebih murah dari Watson tau. Ada jugak yang lebih mahal. Yang mahal tak payah la beli. Melainkan korang memang guna produk yang berkualiti saja.

produk atomy malaysia



Contohnya berus gigi berkualiti, ia lebih murah dari beberapa jenama lain. Tak caye, korang google ‘berus gigi anti bakteria’.

Di Atomy boleh dapat dengan Harga RM4.20. Of course la kena beli bundle, kalau nak beli satu unit membazir petrol jer nak hantar rumah.

Bila dah beli dan pakai, bila nak buat bisnes? Macam mana nak dapat duit?

Sabar dulu dik!

Tengok sini:

DILARANG JUAL PRODUK ATOMY MALAYSIA SECARA OFFLINE!


WARNING!

Sebagai Atomian yang beretika dan yakin Allah maha Melihat, jangan sesekali jual produk produk Atomy.

Biar Atomy sorang jer lah jual.

Dalam peraturan, Ahli Atomy dilarang beli online dan jual di offline. Jika ada aduan, Atomy berkas korang meniaga dia pasaran gelap belakang rumah tepi tingkap, korang akan di Blacklist kan.

Tugas kita guna sahaja dan kongsikan manfaat. Atomy kata biar lah, tak kaya pun tak apa, kalau ada ahli yang cuba menjahanamkan kualiti produk.

Habis nak buat apa? Macam mana nak untung?

Begini, setiap produk produk yang Nurul, anda, korang dan korang dan korang beli tu ada PV tertentu.

*PV – adalah bermaksud Point Value.

Ya,

Ada nilai mata ganjaran.

Cara nak dapat duit, adalah kumpul PV banyak banyak. Tapi bukan macam Bonuslink, hanya boleh tukar barang barang di stesen minyak Shell jer. Kumpulkan secara berjemaah (kumpulan).

Kalau kumpul sorang diri, mati la….. Akak bukan berduit pun.

Bukan beli barang banyak okeh. Kita kongsikan manfaat dengan sanak suadara, kawan dan tulan, sahabat handal, jiran tetangga yang ada internet boleh beli barang online sendiri.

Macam Nurul buat ni.

Jangan menipu ye. Allah maha mengetahui.

Just kongsikan manfaat vitamin, ubat gigi, berus gigi, shower gel, pencuci muka, sabun basuh pinggan, gosok peruk dan daftarkan mereka percuma sebagai ahli untuk shopping di Atomy Malaysia Mall.

Jangan belikan barang barang Atomy untuk mereka. Akak tau korang nak banyak poit cepat. Nak kaya cepat kan…

Dilarang keras!!! Korang tak dapat apa apa faedah pun. Sia sia jer.. Melainkan nenek jiran yang kaya raya sebelah rumah nak consume produk Atomy tapi tak pandai internet, bantu la dia… Kesian.


Kita bantu mudahkan urusan Atomy orang lain, yang dapat manfaat dikemudian hari korang jugak kan.. Kan…. kan….

Nurul, 2020
Atomy Malaysia cara jana icome

SUSAH KE NAK JALANKAN BISNES ATOMY MALAYSIA?

Soalan ni agak subjektif.

Mana-mana bisnes yang korang ceburi pun ada masalah tersendiri.

Bila korang dah daftarkan sebagai ahli kawan kawan korang tu biar lah mereka buat keputusan sendiri.

Sama ada nak consume produk Atomy atau tidak.

Akak sendiri pun ambil masa yang lama nak buat keputusan beli produk Atomy. Kaji habis, depan belakang, kiri kanan, atas bawah. Siasat macam filem Forensic.

Bukan apa, banyak sangat yang berkenan. Hihihi… Inchek Soami reject semua proposal kewangan yang Nurul propose nak shopping di Atomy.

Lastly, yang lulus berus gigi, kopi dan produk kesihatan Hemohim jer… mula-mula… nak try…

Thank you very much Inchek Soami, belanja produk Atomi. hihihihi….

Mulai saat dan ketika ini, kalau mereka mereka yang korang dah daftarkan tu tak nak beli produk Atomy dan pilih untuk kekal dengan produk harian jenama biasa nak buat macam mana.

Bukan duit korang. Jangan paksa orang lain ikut kita. Kita hanya menjalankan tugas untuk daftarkan sahaja.

Redha dan doakan yang terbaik. Doakan semoga mereka mereka dipermudahkan urusan dan selamat dunia akhirat. Jangan lupa hadiah surat Al-Fatihah dan Al-Ikhlas buat ibu bapa, ahli keluarga dan mereka yang telah didaftarkan.

Sekali lagi, tugas anda hanya kongsikan manfaat berterusan.

Jangan putus asa. Bukan senang nak ubah hidup orang lain.

Teruskan memohon dan munajat kepada yang maha mengurus dan mengatur rezeki hamba hambaNya.

KUMPUL PV ATOMY BERKUMPULAN


Let’s say, ramai dah yang korang daftarkan percuma sebagai ahli. Kurang kurang 20% ahli tu beli produk online Atomy dan mereka dapat PV untuk setiap produk, maka PV korang pun akan terkumpul dan jadi banyak.

Ingat ye, kumpul PV secara berkumpulan.

Bila dah banyak PV dalam kumpulan korang, Atomy akan bayar bonus direct masuk akaun setiap hari selasa.

Pengiraan bonus ni dibayar setiap hari okeh. Bila ada pembelian dari ahli ahli yang didaftarkan maka mereka akan ada PV dan akan ada bonus.

Minimum bonus adalah RM80 @ RM250 @ RM500 sehingga maksimum RM5000. Satu hari tau.

Kalau dah maximum RM5000 sehari setakat itu jer lah. Tak lebih. Eh tamak pulak korang.

Cukup la RM5k sehari.
Share la dengan orang lain pulak.

Lagi banyak orang jadi ahli lagi banyak la peluang untuk korang dapat bonus nanti.
Untuk pengiraan PV bagi Bonus harian Nurul cerita dalam posting lain ye. InsyaAllah. Doakan.

Panjang sangat dah posting ni. Letih jari nak menaip.

Barang keperluan tetap perlu beli. Tapi beli melalui Atomy kita dapat bonus back.

Mudah sahaja kan nak faham. Konsep Atomy ni, kita berkongsi manfaat sama-sama dan makan bonus bersama-sama.

Jangan cakap Nurul tak payung ye.
Nurul pun sama, sedang berusaha.

  • Kenali produk, jatuh cinta dan ejoy guna produk Atomy
  • Bertanya dalam group Dr. Tengku Asmadi (Bila dah daftar nanti Akak akan masukkan dalam support group)
  • Belajar, belajar dan teruskan belajar sampai ke liang lahat
  • Masuk kelas yang group anjurkan bagi faham produk
  • Fahami sistem, supaya mudah, tidak keliru
  • Sharing Manfaat produk kepada siapa sahaja
  • Bantu Orang lain sama berjaya, terutama yang sangat memerlukan. Terutama B40 dan ramai yang hilang pekerjaan
  • Banyak duit nanti, beli emas Ar-RAHNU YaPEIM untuk masa depan yang penuh kilauan


Jom sama-sama kita menuju puncak kejayaan.

Ubah gaya hidup, berdoa supaya amalan usaha kita ini diredhai Allah s.w.t.
Setiap hari submit doa-doa kepada yang Maha Mendengar.

Jika masih ada peluang. Jika Allah tak izin, redha dengan ketentuannya.

Bahagian kita berusaha dan terus berusaha. Usaha kita ini pun adalah dalam ketentuanNya dan izinNya.

Kunci utama – Redha.

Bagaimana? ada soalan tak? Jika ada yang korang tak faham boleh tanya dibahagian komen ye. InsyaAllah Nurul jawab slow-slow and steady sambil sambil melancong. Hihihihi….Dah lewat pagi dah ni.. jam 4.15 dah… nak tidur dulu…

KESIMPULAN

Akhir kalam, pilihan terletak ditangan anda sendiri. Tiada paksaan.
Nurul akan terus cerita dan bercerita tentang kebaikan Atomy.

Ku Nurul Azira

https://nurulazira.com

Ku Nurul Azira Ku Shafii adalah seorang penulis bebas yang memperjuangkan cinta. Bertugas dalam bidang emas sebagai kerjaya yang diminati.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *