Emas Ar-Rahnu YaPEIM
Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut Tentang Emas Ar-Rahnu YaPEIM

Emas Ar-Rahnu YaPEIM Jurnal Syukur Nurul ATOMY

ATOMY MALAYSIA SCAM POSITIF DAN NEGATIF

 ATOMY MALAYSIA SCAM POSITIF DAN NEGATIF

atomy malaysia penipu

Atomy Malaysia scam. Ia pernyataan yang menimbulkan pelbagai persepsi diminda.

Rasa jiwa terpukul menjentik hati. Kemurungan sementara.

Terutama bagi Nurul, kerana Nurul baru sahaja daftar dan promosi kebaikan Atomy Malaysia kepada kawan-kawan dan saudara mara.

Adakah nak tarik hand breake atau biarkan ia terus meluncur laju?

Sebelum itu, Nurul mohon ribuan kemaafan jika tulisan ini mengganggu hati mana-mana pihak. Baca sampai habis tau. Baca dengan hati…

Sesungguhnya diri ini fakir lagi jahil memaknai erti kehidupan. Hanya sekadar melontar pandang dari lubuk hati terdalam.

Alhamdulillah, dengan izin dan ketetapan Nya jua tulisan ini tertulis disini. Ini peranan Nurul sekarang, masa depan tetap rahsia.

Seterusnya terserah kepada awak untuk fikir, nilai dan buat keputusan.

ATOMY MALAYSIA SCAM?

Selepas beberapa hari daftar ahli Atomy Malaysia, timbul pelbagai isu-isu yang tidak disenangi.

Ia tentang kenyataan beberapa individu berkaitan Atomy Malaysia.

Ada satu tulisan di Facebook Nurul baca sehingga timbulkan persepsi yang disimpulkan bahawa bisnes Atomy Malaysia ini adalah scammers.

Banyak point yang dikatikan bagi menyatakan Atomy Malaysia scam secara tidak terus.

Getaran negatif muncul di pelbagai media sosial pengaruhi kolam hati ini. Ia sebabkan Nurul was-was dan bimbang.

Korang boleh search sendiri isu Atomy scam ini ye.

Minda kosong ini fikir macam macam.

“Apakah yang Nurul buat ini betul?”
“Adakah Nurul dilandasan yang betul?”

Otak, mula mencari jawapan dan alasan untuk defend. Demi menjaga kepentingan diri sendiri.

Penting diri.

Tak senang duduk.

Isu scam ni sebenarnya sensitif. Tiada kenyataan sah yang kata ia benar-benar scam. Bergantung cara melaksanakan.

Analogi mudah adalah seperti sebilah pisau. Jika digunakan untuk buat jahat dan memudaratkan maka bahayalah. Kalau kita gunakan untuk kebaikan adalah sebaliknya.

KEMANA PANDANGAN NURUL ISU ATOMY MALAYSIA SCAM?

Nurul kembali bertenang,
Tulis jurnal syukur sebagai terapi jiwa.

“Aku tak boleh biarkan suasana hati terus bergelora….”

Gelora jiwa akan beri kesan terhadap fikiran, tindakan dan hasil kehidupan.

Nurul cari masa, duduk sendiri, tanyakan soalan kepada diri sendiri.

Akhirnya ada satu jawapan yang pasti. Alasan demi alasan yang meragui rupanya Nurul hanya takutkan persepsi orang lain.

Ya.

Nurul takut apa kata orang sebenarnya.

Itulah jawapan yang Nurul dapat.

Tak boleh.
Memang tak boleh dibiarkan.

Buang jauh-jauh. Buang semua persepsi kerana makhluk. Kerana kita perlu jadi diri sendiri bukan jadi orang lain. Terus kekalkan positif hati.

Bebas. Merdeka.

Susah atau senang Nurul harus tanggungjawab atas keputusan sendiri. Tiada kemelekatan kepada yang lain.

Biarkan diri rohani terbang. Seperti kupu kupu kayangan.

Nuteral kan getaran negatif kepada positif. Doakan mereka mereka dengan penuh tulus. Jadikan peluang tambah ketenangan.

Masing masing antara kita ada agenda. Jangan biarkan agenda mereka mengawal dan menguasai agenda kita.

Nurul pilih untuk padang ke dalam diri sendiri, kerana diri ini terlalu banyak kekurangan untuk dinilai sendiri.

ATOMIAN MALAYSIA PERLU SATU HATI NAK PILIH POSITIF ATAU NEGATIF

atomy malaysia haram

Sebagai Atomian Lover, kita semua harus satu hati.
Tidak perlu pertahankan kebenaran hakiki. Laksanakan dengan sepenuh hati tanpa burukkan yang lain.

Terus sebar kebaikan, demi kebaikan. Keburukan akan tenggelam sendiri. Jaga adab. Jangan menipu. Lapangkan hati. Hadapi dengan senyuman.

Tidak perlu terkesan, tidak perlu berasa hati.
Enjoy dengan proses. Apa yang terjadi tetap akan terjadi.

Tidak salah bagi mereka yang beza matlamatnya. Itulah kepelbagaian dalam penzahiran penciptaan. Raikan.

Allah maha agong, Allah maha berkuasa. Dialah kesempurnaan.
Manusia unik, dan ia kenyataan bahawa diciptakan oleh yang Maha Berkuasa.

Tiada yang sempurna

Kita cuma rasai dan nikmati. Setiap yang dijadikan tidak kekal dan pasti berubah ubah.

Tidak perlu pertahankan apa yang terjadi. Ia adalah kebenaran sifat makhluk didunia ini. Kerana yang kekal hanya Dia Dia dan Dia terus. Itulah kebenaran.

PILIHAN ADALAH DIRI SENDIRI

atomy malaysia haram

Isu-isu negatif Atomy Malaysia yang timbul adalah hikmah. Sejauh mana pandangan kita sebenarnya.

Nak pandang kepada sudut positif atau pandang kepada sudut negatif.

Anda yang pilih.

Nurul tak boleh tentukan pilhan korang. Pencerahan boleh diberi. Penerangan boleh dihujahkan.

Tetapi, diri Nurul, awak dan kita semua yang pilih. Jangan bersandarkan kepada sesiapa.

Kesannya, nanti kita akan kecewa dan merana jika bergantung kepada keputusan yang lain.

Kemelekatan akan membinasakan.

So, anda pilih sendiri. Jika was-was, berhenti dan cari platform lain. Tiada sebarang halangan dalam pilihan.

Jika korang yakin, teruskan. Tiada paksaan.

JANGAN PILIH KERANA YANG LAIN

Menjanjikan bulan dan bintang hanya janji yang palsu.

Ini kata diri kepada Nurul.

Jangan sesekali awak buat pilhan kerana orang lain. Sayang, nanti awak akan rosakkan diri awak sendiri diam-diam dari dalam.

Buatlah pilihan kerana awak yang pilih. Kembali kepada diri anda sendiri Nurul.

Tanya big why awak?

Setiap hati ada getaran tersendiri. Tanya dan terus tanya.

Bonda Prof Muhaya pernah sebut,

“Usah hidup pada masa lalu kerana ia akan menyebakan hidup kita terhenti, jangan bimbangkan masa hadapan kerana nafas kita sendiri belum pasti sesaat lagi, tetapi hidup lah pada saat dan ketika sekarang, kita akan grow dan terus berjalan”

BUKAN SEMUA POSITIF, LUASKAN HATI

Setiap apa yang terjadi adalah kenyataan dan realiti yang pasti. Ia kebenaran hakiki. Peristiwa peristiwa tetap berjalan dan berubah ubah.

Bukan semuanya positif yang kita sangkakan positif.

Bukan juga negatif yang kita sangkakan negatif.

Hidup ini akan pasti mati. Teruskan berjalan selagi dikurniakan berjalan.

Awaka, jangan pernah berhenti dimana mana perhentian. Kerna itu semua tidak abadi. Tidak akan abadi.

KEHIDUPAN DILUAR BERUBAH UBAH, NURUL TETAP PILIH ATOMY

Pendirian Nurul sekarang akan tetap bersama Atomy. Bukan kerana Atomy, bukan kerana sesiapa, bukan kerana apa-apa pun.

Ia kerana diri Nurul sendiri.

Proses pembelajaran dari Universiti kehidupan ini tidak akan pernah habis. Setiap saat ada ruang dan peluang untuk belajar.

Semakin belajar semakin rasa diri ini bodoh dan jahil.

Kerana pandai itu nyatanya dari Allah s.w.t. jua. Tidak pernah bersentuhan dengan diri kita.

Tugas kita adalah terus belajar. Belajar apa?

Belajar fokus memandang dan memperbaiki diri dalaman diri. Kehidupan diluar diluar kawalan diri dan sifatnya sentiasa berubah ubah.

Jangan mengejar perubahannya. Tak terkejar kita.

Biar dunia yang mengejar diri kita.

KESIMPULAN ATOMY MALAYSIA SCAM ATAU SEBALIKNYA

Nurul pilih terus kekal, ya, terus menikmati komuniti Atomy yang sentiasa positif.

Mereka mereka yang lain memandang negatif boleh teruskan. Tiada masalah kerana masing ada pandangan dan sudut persepsi sendiri.

InsyaAllah kita Atomian akan ambil pandangan dan teguran dengan penuh penghargaan terima kasih.

Alhamdulillah syukur kerana ada auditor yang menyanyangi kita dari luar dan dalam Atomy.

Syukur kepada semua kehidupan ini atas kirimam tuhan.

Ingat, kekal istiqamah dan sudahkan apa yang dimulakan.

Sama sama kita doakan semoga kita semua dijalan yang lurus.

Ya Allah, jangan engkau serahkan urusan diriku kepada diri ku. Diri ini tiada daya dan upaya, sesungguhnya Engkau yang maha mengurus hati hamba hambaMu.

Apa komen anda? Nurul terbuka terima idea dan cadangan semua…

Ku Nurul Azira

https://nurulazira.com

Ku Nurul Azira Ku Shafii adalah seorang penulis bebas yang memperjuangkan cinta. Bertugas dalam bidang emas sebagai kerjaya yang diminati.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *